Mereka yg sentiasa comey...

MariBantuMenabung(MBM)

Tuesday 21 February 2012

Pendaftaran DPLI GSTT UiTM 2012

Assalamualaikum...

Apa khabar anda2 sumer. Cik comey sihat dan bertambah comey...Sila jangan muntah yea..hahaa...

Semalam cik comey dah selamat mendaftarkan diri di Uitm Shah Alam Sek.17 untuk program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah sesi 2012/2013. Alhamdulillah, sumernyer berjalan lancar. Secara rasminya cik comey dah pun jadi siswi Uitm. Wah, x sabar rasanya nak jadi pelajar semula. Kelas akan bermula pada 5 Mac nanti. 

Pendaftaran di Uitm sangat simple dan memudahkan pelajar. Semua staff, fasi dan pegawai yang terlibat juga sangat baik dan ramah. 

Bahagian paling best semasa Pengarah Bahagian Pendidikan Guru KPM, Datuk Haji Mohd Ghazali Bin Abdul Rahman memberi ucapan. Kebiasaanya , kita akan bosan bila mendengar orang2 berpangkat besar bagi ucapan, tp bila Datuk Ghazali bagi ucapan, semua rasa seronok n teruja mendengar ucapan beliau. 
Lebih kurang sejam beliau berucap tapi rasa sekejap saja. Banyak nasihat yang diberikan kerana kata beliau ucapan ini bukan daripada Pengarah BPG tapi daripada seorang ayah kepada anak2nya supaya menjadi seorang pendidik yang berjaya.

Datuk Haji Mohd Ghazali Bin Abdul Rahman

Masih terngiang2 di telinga cik comey, kata-kata beliau " Kita mesti mendahului masa atau setidak-tidaknya menepati masa" dan juga " Untuk menjadi guru yang terbaik kita mesti la sucikan hati dan betulkan niat"

Bila dengar ucapan beliau,semangat cik comey makin membara2 untuk mendidik anak bangsa. Semoga cik comey dapat menjadi seorang guru yang terbaik satu hari nanti.



Nota Jari : Terima kasih kepada semua guru yang pernah mendidik cik comey sehingga berjaya seperti hari ini..

8 Jejari comey:

  1. hye gorgeous =p

    waaa.. dah jadik jiran uitm =p
    hehe.. awk baru nk start, sy dah nak abes..

    btw, congrats =) & goodluck kay =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear...Ooo..natasya pun uitm ek??Semalam daftar uitm seronok..warga uitm mmg peramah2....awak pun gudlak jugak untuk final year...=)

      Delete
    2. Yup, tp dip je =p kat uitm shh alam.
      hehe. final sem.
      wrga UiTM mmg peramah...

      gudluck once agn ye cikgu =p hehe

      Delete
    3. alah..nanti dah abis dip leh la sambung degree plak....klu rasa nk jd cikgu smbg la deg pendidikan..hiihii..

      Delete
  2. wahhhh. tahniah². rajin² mandi ye cekgu. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks 9n0L4...mandi??hahaa..dah jadi student mandi 2 kali sehari jer kot..hahaa...

      Delete
  3. salam..sy pon berminat nak apply DPLI di uitm shah alam. tapi sy x th nk mula dari mana..mcm mn nk apply? selalunya bila permohonan di buka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, baru perasan komen awak... Setakat ni ura2 mengatakan kerajaan stop dulu pengambilan DPLI sebab banyak sangat kes pelajar pendidikan yang belum posting. Tapi rajin2 la tengok website KPM atau biasa iklan di newspaper. Kalau dulu pengambilan DPLI ni bulan 6 atau 7.

      Delete

Jejari anda memang comey...Tq sudi komen... (^__^)