Mereka yg sentiasa comey...

MariBantuMenabung(MBM)

Saturday 3 August 2013

Puding Milo Oreo

 
Halow... Halow... Halow...
 
Semalam cik comey buat puding yang sangat mudah dan sedap...
Dah lama mengidam nak buat tapi sebab takde peti ais jadi tertangguh...
bila semalam asben beli peti ais terus buat...
Thanks to my classmate kak diey yang bagi resepi ni...
Sampai mimpi2 cik comey nak makan puding ni...
hahaa...
Ok korang kalau rajin boleh la try yea...
 
PUDING MILO OREO
 
Gambar cilok en.Google.. Cik comey punyer tak cantik cam ni...huuhuu
 
Bahan-bahan:
1 paket agar-agar 10gm
750 ml air
160gm gula pasir
1 tin susu cair
3/4 cawan serbuk milo
1 bungkus oreo
 
Cara:
  1. Masakkan agar-agar, air dan gula pasir sampai larut. 
  2. Masukkan susu cair. Biar sebati dan mendidih.
  3. Bahagikan bancuhan tadi kepada dua bahagian dan masukkan dalam periuk lain, biarkan di atas api.
  4. Campurkan satu bahagian dengan serbuk milo dan kacau sehingga sebati.
  5. Ambil separuh bahagian bancuhan milo tadi tuang ke dalam acuan. Bakinya dibiarkan di atas dapur dengan api yang kecil supaya tidak beku.
  6. Bila lapisan tadi separa beku, tuangkan semua bancuhan tanpa milo dan letakkan kepingan biskut oreo. ( biskut oreo boleh dipatah-patahkan jika mahu)
  7. Biarkan separa mengeras dan tuangkan baki bancuhan milo. 
  8. Biarkan membeku pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
 
Mudahkan? 
Apalagi petang ni pun boleh terus try..
Dijamin sedap...
 
Tips: Basahkan bekas acuan sebelum tuang bancuhan puding untuk memudahkan puding dikeluarkan daripada acuan.



Nota Jari: Selamat mencuba... ini akan jadi salah satu hidangan cik comey time raya nanti...
 

Friday 2 August 2013

Mood raya

 
 
Halow... Halow... Halow...
 
Apa khabar anda semua? Pejam celik pejam celik hari ini dah 24 Ramadan 1434H...
Kurang seminggu lagi bulan Syawal akan menjelma pula...
Lagu raya pun dah berkumandang di mana-mana..
En.Hubby pun hari-hari pasang lagu raya...
dia la  paling bersemangat nak raya..
Cik comey dalam dilema lagi sebab tak tau nak raya 1st kat mana...
Maklumla dah jadi isteri ni follow En.Hubby jer lah...
 
Korang semua mesti dah siap sumer baju raya kan? 
Brape pasang tahun ni?
Percaya tak cik comey ni belum ada baju raya pun..
sob..sob..sob..sob..
 
Teringat sebelum kawin, 
selama 28tahun mak yang settle kan pasal baju-baju raya...
Mak yang kalut-kalut cari kain pasang dan hantar jahit..
cik comey akan hulur duit jer lah beli kain sebab masa tu kan dok kat selangor...
Nanti bila dah dekat raya cik comey balik kampung.
pilih-pilih jer baju dengan adik yang umur 22tahun tu...
(kami punyer saiz badan sama besar..hahaa)
Time tu seronok sangat la...
Pastu kami adik bradik pompuan dengan mak 
akan pegi pasar borong Wakaf Che Yeh untuk cari tudung...
Time tu memang excited sangat la nak beraya...

Tapi tahun ni walaupun 1st time nak raya dengan En.Hubby tapi rasa suram jer..
Orang lain 1st time sambut raya dengan asben mesti happy sangat kan..
cik comey jer abnormal skit.... Asyik ingat mak jer...
tu yang nak buat persiapan raya pun nak tak nak jer..

En.Hubby cakap nanti esok nak g shopping raya...
Beli baju dan barang2 raya lain...
Harap esok2 bertambah la mood nak raya ni..

Oklah, tak nak tulis panjang2 lagi la..
nanti ada yang banjir plak kt umah ni..
huuhuu..

Tata


Nota Jari: En.Hubby cakap dengar lagu raya selalu nanti dapatla mood raya...huuhuu..