Mereka yg sentiasa comey...

MariBantuMenabung(MBM)

Saturday 4 February 2012

Jom kenal KEKASIH ALLAH - Part 1

Zaman sekarang ramai yang ingat tarikh lahir boyfriend mereka tapi bila tanya tarikh lahir Rasulullah SAW, semua garu kepala, jawapannya tau tapi terlupa plak. 

Kalau besday bf mmg x pnah lupa, siap buat reminder lagi kat dalam hp. Ada tu bukan setakat tarikh lahir, serba serbi tentang bf dia,warna kesukaan, makanan kegemaran, minuman pebret n sumer2 la psl bf dia,sumer dlm kepala jer. Itulah kita manusia selalu pentingkan apa yang tak penting...

Sempena bulan kelahiran Rasulullah SAW, cik comey nk kongsikan sedikit latar belakang atau biodata Rasulullah SAW. Sekadar perkongsian dan ingatan kita semua. Cik comey pun dapat info ni dari kawan yang emel pada cik comey. Sharing is caring.



BIODATA RASULULLAH SAW

-->  Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

-->  Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi 
       (dikenali Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

-->  Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

-->  Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

-->  Nama ibu : Amin ah binti Wahab bin Abdul Manaf.

-->  Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba bapa Rasulullah SAW).

-->  Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

-->  Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. 
       Suaminya  bernama Abu Kabsyah).

--> Makanan kegemaran: Kurma, bali, anggur, buah tin, delima

-->  Minuman kegemaran : Susu, madu

-->  Warna kegemaran : Hijau, putih

--> Isteri-isteri Rasulullah :
  1. Khadijah Binti Khuwailid
  2. Saudah Binti Zam'ah
  3. Aisyah Binti Abu Bakar ( anak Saidina Abu Bakar)
  4. Hafsah Binti 'Umar (anak saidina 'Umar bin Al-Khatab
  5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummu Salamah)
  7. Zainab Binti Jahsy
  8. Maimunah Binti Harith
  9. Safiyah Binti Huyai Bin Akhtab
  10. Zainab Binti Khuzaimah ( digelar 'Ummu Al-Masakin'- Ibu orang miskin)
-->  Anak-anak Rasululllah SAW:
  1. Qaim
  2. Abdullah 
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra'
-->  Anak tiri Rasulullah SAW :Halah Bin Hind Bin Hbbasy Bin Zurarah Al-Tamimi 
       ( anak kepada Saidatina Khadijah)

--> Antara Mukjizat : Al-Quran, peristiwa isra' dan Mikraj,membelah bulan dan banyak lagi




Lagu yang paling cik comey suka dari dulu sampai sekarang....


sumber: emel, youtube dan Mr.Google.


Nota Jari :Sekadar perkongsian ilmu dan ingatan kepada diri sendiri dan semua umat Islam.

No comments:

Post a Comment

Jejari anda memang comey...Tq sudi komen... (^__^)