Entry kali ni cik comey bukan nak cerita pasal cik comey makin stress tapi nak kongsi cara paling MUDAH, CEPAT dan BERKESAN untuk mengawal stress iaitu
TEKNIK BERNAFAS DALAM-DALAM...
Pernafasan yang baik dan teknik yang betul memberi banyak kebaikan .
Sebab itu lah kebanyakan senaman seperti yoga dan tai chi menitikberatkan cara pernafasan yang betul.
Sebab itu lah kebanyakan senaman seperti yoga dan tai chi menitikberatkan cara pernafasan yang betul.
Menurut kajian di Amerika Syarikat, menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan beberapa minit sehari boleh membantu merendahkan tekanan darah.
Sebenarnya, teknik pernafasan berkait rapat dengan psikologi.
Apabila kita panik, cemas atau marah, kita akan bernafas dengan cepat.
Apabila kita panik, cemas atau marah, kita akan bernafas dengan cepat.
Jadi untuk menenangkan diri, kita disaran supaya menarik nafas dalam-dalam dan perlahan-lahan.
Sememangnya cara ini boleh meredakan rasa cemas, panik atau marah.
Bahkan teknik pernafasan juga digunakan sebagai terapi untuk mengurangkan stress dan mengawal kemarahan.
Cara pernafasan yang betul ialah menarik nafas dalam-dalam hingga ke perut, iaitu perut akan ternaik sedikit dan bukan dada.
Anda boleh cuba melakukannya dengan meletakkan tangan pada bahagian perut, dan rasakan ia naik dan turun pada setiap kitaran nafas. Dalam masa 30 saat, ia dapat membantu untuk lebih menenangkan hati anda.

3 LANGKAH teknik pernafasan yang betul:
- Duduk atau berdiri tegak mengikut keselesaan badan anda.
- Pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan dalam kiraan 1 hingga 8, tahan nafas selama 5 saat dan lepaskan nafas dalam kiraan 1 hingga 6.
- Lakukan beberapa kali sehingga anda akan merasa kelainan pada diri anda.
Selamat mencuba |
Nota Jari : The greatest weapon against stress is our ability to choose one thought over another ~ William James
No comments:
Post a Comment
Jejari anda memang comey...Tq sudi komen... (^__^)