Mereka yg sentiasa comey...

MariBantuMenabung(MBM)

Thursday, 16 February 2012

Tips Tidur Lena

I just want to sleep...
Tak cukup tidur?? Tak boleh tidur?? Insomnia?? Masalah tidur ni mmg mengganggu semua orang. Setiap orang akan tidur cuma bezanya, tidur tersebut berkualiti atau tidah. Ada sesetangah yang bila bangun tidur akan segar dan aktif sepanjang hari. Ada pula yang lepas bangun tidur, badan makin lemah dan tidak bermaya.

Ala lenanyer dia tidur...


Ada beberapa tips yang anda boleh cuba untuk dapatkan tidur yang lena sepanjang malam.

  1. Kurangkan pengambilan kafein seperti minuman ringan, kopi, coklat, teh dan sebagainya. Kalau boleh , elakkan sama sekali selepas waktu tengahari.  
  2. Amalkan untuk keluar menikmati cahaya matahari di awal pagi. Ini dapat membantu menyelaraskan kembali sistem badan anda dan seterusnya membolehkan anda tidur lena di waktu malam.
  3. Tidur sekurang-kurangnya 4 jam lepas bersenam dan 3 jam selepas makan malam.
  4. Elakkan daripada melayari internet beberapa minit sebelum tidur kerana cahaya biru dari skrin komputer boleh menurunkan paras melatonin dan menyebabkan kesukaran untuk tidur.
  5. Elakkan tidur terlalu lama. Tidur hanya 6 hingga 8 jam.
  6. Pastikan jadual tidur anda teratur. Bangun dan tidur pada waktu yang sama setiap hari walaupun pada hujung minggu.
  7. Pastikan bilik tidur anda berada dalam keadaan yang nyaman, selesa dan sejuk.
  8. Mandi air panas sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur. Air panas membantu badan anda untuk lebih relaks tetapi jangan terlalu lama berendam dalam air panas.
  9. Urutan juga membantu badan anda untuk relaks dan memudahkan untuk tidur.
  10. Bagi yang Islam, baca doa tidur, ayat kursi, surah 3 Qul dan baca lah bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali. InsyaAllah, tidur anda lebih lena dan lebih berkualiti..
 Selamat mencuba...

i love sleep

Nota Jari : cik comey letak kepala kat bantal, x sampai 10 minit kompem dah berdengkur..hahaa...

No comments:

Post a Comment

Jejari anda memang comey...Tq sudi komen... (^__^)