Mereka yg sentiasa comey...

MariBantuMenabung(MBM)

Wednesday 31 July 2013

WordlessWednesday : Artis & Anak

 
Halow... Halow... Halow...
  
Fasha Sandha & Rayfal
Nama: Putra Rayfal Ramli B. Rizal Ashram
Tarikh Lahir: 15April 2013
 

Nora Danish & Rayqal
  Nama: Putra Rayqal Ramli B. Rizal Ashram
Tarikh Lahir: 7 Januari 2009


Erra Fazira & Aleesya
Nama: Engku Aleesya BT Engku Emran
Tarikh Lahir: 30 Mac 2009
 
 
Ayu Raudhah & Aisy
 Nama: Muhammad Aisy Qaiser B. Mohamad Zaquan Adha
Tarikh Lahir : 29 Mac 2013
 
 
Irma Hasmie &Irfhan
 Nama:Redza Syah Irfhan B. Redza Syah Azmeer
Tarikh Lahir : 29 Mac 2013


Izreen Azminda & Adrian ( Tunjuk gambar mulut n hidung jer)

Nama:Muhammad Adrian Umar Bin Muhammad Riza
Tarikh Lahir: 13 Julai 2013
 
 
Sumber:En. Google
 
 
Nota Jari: Next time cik comey tepek gambar artis lain plak yea....
 
 

Monday 29 July 2013

Mencari Lailatul Qadar

 
  Halow... Halow... Halow...
 
Malam ini bermula la menjadi pemburu kepada 
Malam Lailatul Qadar...
satu malam yang cukup istimewa di bulan Ramadan yang mulia ini..
  Satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan...
 
sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:
 “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Al-Qadr: 1-5) 
 
 Kalau dicongak, seribu bulan ni lebih kurang 83 tahun lebih...
Bayangkan kita buat amal ibadat pada satu malam Lailatul Qadar tu,
kita akan dapat pahala seperti kita buat amal ibadat selama 83tahun..
 
Maha suci Allah,
 betapa Allah SWT sayangnya kat kita umat Nabi Muhammad SAW
diberinya peluang satu malam ni untuk kita mendapat pahala yang banyak.
Kalau nak tunggu 83tahun belum tentu lagi kita hidup selama itu,
kalau dipanjangkan umur pun belum tentu boleh kumpul pahala 
seperti satu malam Lailatul Qadar...


Daripada Aisyah r.a. katanya: 
Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.
Huraian Hadith: 
1. Islam menuntut umatnya yang berpuasa agar berusaha untuk menambahkan amal ibadat mereka apabila masuk hari yang kedua puluh satu Ramadhan sehingga akhir, kerana di malam-malam tersebut akan berlaku Lailatul Qadar.
2. Oleh itu adalah sangat digalakkan untuk kita memperbanyakkan amal ibadat beriktikaf di dalam masjid melakukan sembahyang-sembahyang sunat seperti sunat taubat, sunat tahajjud, sunat tasbih, sunat hajat dan sebagainya selain daripada sunat tarawikh, membaca al-Quran dan berzikir.
3. Bagi para suami, inilah saatnya merebut peluang beribadah bersama keluarga dengan mengajak isteri mereka bangun beribadat bersama-sama. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina sentisa aman dan mendapat rahmat daripada Allah SWT.
(sumber:http://www.islam.gov.my)
 
 
Aisyah r.a juga pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadr, doa apakah yang aku baca pada malam tersebut?
Maka dijawab oleh Rasulullah SAW, bacalah:
 “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Dzat Yang Maha Pemberi Maaf, Engkau suka pemberian maaf, maka maafkanlah aku”. (HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

 
Ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW mengajar
bahawa yang paling utama dan penting
adalah memohon keampunan daripada Allah SWT...
Sebagai hamba-Nya yang kerdil
kita tidak lari melakukan dosa samada
kita sedar  atau tidak...
Sedangkan Rasulullah sepanjang hidupnya
 sentiasa memohon ampun daripada Allah SWT,
ini kan kita insan biasa....

Bersama-samalah kita menghidupkan 10 malam terakhir ini
dengan perbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, istighfar,
berdoa dan melakukan amal ibadah yang lain..

Peringatan untuk diri sendiri dan sesama kita...
Marilah kita all out beribadah
sepanjang sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan ini.
Jangan ditunggu tanda Lailatul Qadar,
jangan hanya beribadah pada malam ganjil...
tapi lakukan ibadah dengan seikhlas hati sepanjang 10 hari terakhir ini
Semoga Allah mempertemukan kita dengan malam yang istimewa ini...
Amin Ya Rabbal 'Alamin...



Nota Jari: Semoga kita tidak mempersia-siakan peluang yang diberikan ini...
 

Sunday 28 July 2013

Baby BOY Prince William & Kate

Halow... Halow.... Halow
 
Hari ni rajin plak nk update pasal pasangan diraja Britain 
yang femes seantero dunia ni...
Cik comey memang suka follow pasal Willian ni 
sbb dulu suka dengan mak dia, Lady Diana..
Oklah seperti yang semua dah tau...
 Duchess of Cambridge, Kate telah selamat melahirkan baby boy
pada hari Isnin 22 Julai 2013 jam 4.34 pm
Tak nak tulis banyak, layan jer lah gambar2 ni...
(sumer gambar cilok dari En.Google)
 
 Prince William &Kate Middleton
 
 
His Royal Highness Prince George of Cambridge,George Alexander Louis
 
Wajah kegembiraan kate and william
The royal baby, pewaris ke-3 Britain
Nampak lagi bump kat perut kate...
Ni gambar masa Prince William lahir...sama kan...
Baju polka dot pun lebih kurang sama...
Walaupun baru sehari bersalin tapi Kate tetap nampak cun...
Tak nampak cam baru pas bersalin pun...
Maklum la sebelum kuar hospital tu
siap ada jurudandan lagi datang hospital....
 
 
 
 
Nota Jari: Mula2 cik comey pelik tengok perut Kate yang masih buncit, cam ada baby lagi jer.. Lepas tanya member yang dah bersalin dia cakap memang perut orang lepas bersalin cam tu, belum kecut lagi..Hiihiihii.. Malu i....
 

Friday 19 July 2013

ALLAH Sayang Kita

halow.. halow.. halow..
 
Tadi cik comey dok godek2 FB,
jumpa la satu kisah ni...
Rasa sangat menarik & menyentuh hati,
Jadi nak share la dengan korang sumer... 
 
 
Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.

Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.

Dan.
Kasih sayang Allah kepada kita.
Jauh lebih besar.
Dari kasih sayang ibu atau ayah, kepada anaknya.




Nota Jari: Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Yakinlah pada-NYA...

Kerabu Sotong...

 
 
Halow... Halow... Halow...
 
Cik comey nak share resepi kerabu sotong yang cik comey buat semalam...
Kerabu yang simple dan sedap... 10minit pun dah boleh siap... 
 
Gambar ehsan en.Google..

Bahan-bahannya:
 
4 - 5 ekor sotong
 air rebusan sotong
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
7 batang kacang botol
5 biji cili
1 biji tomato
 Perahan air limau nipis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
 
 
Cara-cara:
  1. Potong sotong bulat-bulat (kalau x suka bulat boleh potong ikut suka hati) dan rebus kan sotong tersebut selama 1 minit. Masukkan sedikit garam.
  2. Toskan sotong yang telah direbus dan ketepikan. Simpan air rebusan sotong.
  3. Hiris halus bawang merah, bawang putih, serai, kacang botol, cili dan tomato.
  4. Masukkan sedikit air rebusan sotong ( kalau nak berkuah, masukkan lebih), perahan air limau nipis, bahan-bahan yang dihiris dan sotong yang telah direbus.
  5. Gaul semua bahan dan perasakan dengan garam & gula secukup rasa.
  6. Dah siap, dah boleh makan....

Tambahan: 
  • Kacang botol boleh diganti dengan kacang pancang dan boleh juga tambah bunga kantan untuk lebih sedap..
  • Nak pedas leh tambah cili banyak-banyak.
  • Nak lagi sedap tambahkan sos sotong atau sos ikan.
  • Jangan rebus sotong terlalu lama, nanti sotong liat, dah x sedap..
  • Dah siap simpan dalam peti ais untuk mengekalkan rasa dan kesegarannya..


Oklah, selamat mencuba...
Tata...


Nota Jari: Nanti nak share kerabu mangga plak... sedapnya...



Thursday 18 July 2013

Bersihkan Hati, Tingkatkan Iman...


Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
  


Halow... Halow... Halow...
 
  1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih." Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur.
  2. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa di ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
  5. Bermaaf-maafan sesama kawan.ahli keluarga, suami isteri setiap hari
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).
  7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan di dalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)
  8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)
  10. Kekalkan wuduk.
  11. Bersedekah.
  12. Belanja orang makan.
  13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
  14. Berkawan dengan ulama.
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
  16. Pesan pada orang, jadi baik.
  17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). 
  18. Jangan dengar orang mengumpat.





sumber:En.Google

Nota Jari: Jangan biarkan hati kita hitam, jagalah ia kerana di situ letaknya iman..

Wednesday 17 July 2013

SEOUL GARDEN STEAMBOAT & GRILL

 
 
Halow... Halow... Halow...
 
Apa khabar semua? Puasa camner?
Hari ni cik comey nak share pasal restoren steamboat dan grill...
Nasib baik dah berbuka, klu x, memang meleleh la air liur tengok makanan ni... 
Baca tajuk steamboat & grill pun dah telan air liur...
hiihii...
 
 
Sori la, lupa nak snap pic sebelum melantak...
 
 
Entry ni sebenarnya entry tertangguh..
Dah banyak kali cik comey pegi SEOUL GARDEN STEAMBOAT & GRILL NI..
Yang paling latest bulan 6 hari tu...
Cik comey memang suka pegi sini walaupun harga dia agak mahal...
Tapi disebabkan makanan dia memenuhi citer rasa  cik comey,
jadi tak kisah la sekali sekala melantak kat situ..
tambah plak ada student price...
kira ok lah...
 




Jom kita bergambar dulu...


Girls outing....
 
Kalau nak tau  SEOUL GARDEN STEAMBOAT & GRILL ni banyak cawangan,
tapi cik comey biasa pegi kat SETIA CITY MALL..
Nak tau mana lagi outlet SEOUL GARDEN STEAMBOAT & GRILL ni,
Sila klik SINI...
Setakat ni kalau pegi SCM ni memang pegi makan jer lah, 
x sempat pun nak pusing2 dalam SCM tu..
Almaklumla, kalau dah masuk steamboat tu memang makan sampai kedai tutup..
hahaaa
 
 
Harga di Seoul Garden ni berbeza time lunch and dinner..
 Nak tau harga klik SINI...
Makanan pun ada yang beza..
Kalau time lunch cam biasa la, udang, sotong, ikan, ayam, daging, 
kepah, kupang,bebola, sayur2, mee2..
kuih , nasi goreng, mee goreng pun ada..
Biasanya kalau malam baru ada add on daging kambing, ketam, pepahat 
dan lain2 yang special2 skit..
Cik comey kalau dah dapat kambing memang tak pandang dah makanan lain..
Nikmat sungguh rasanya...
 
 
Perapan dia pun ada banyak jenis cam blakpepper, coffee, tom yam, curry, kunyit dan macam2...
Paling cik comey suka of coz la coffee...
Dah memang addict dengan coffe kan....
 Semua yang coffee sumer cik comey suka...
Sup dia pun ada beberapa pilihan...
ada sup ayam, sup tom yam, sup tom yam extra pedas dan ada la lagi beberapa jenis sup..
cik comey biasa  pilih sup tom yam biasa jer...
Itu pun dah cukup pedas dah...

 
 
Kambing n ketam bakar...my peberet...
 

Sesuai dengan nama korea dia tu, tak ketinggalan ada jugak kimchi..
tak yah g sampai ke korea boleh rasa kimchi..
tapi menurut kawan cik comey yang penah g korea, dia kata rasa kimchi kat sini berbeza skit berbanding di Korea...
Tapi kira ok lah setakat nak merasa..
cik comey pun xde la suka sangat...
kira boleh la telan..
hiihii

Oklah, kalau nak tau lebih lanjut boleh search info kat website Seoul Garden ni yea....
setakat ini dulu...
....Tata...
 
 
Aktiviti menggemukkan badan...hahaa




Pinggan bersusun2 bukti banyaknya kami makan...hiihii
 
 
 
Nota Jari: Penat telan air liur masa tulis entry ni...Terbayang2 daging kambing yang sedap n juicy tu... yummy...yummy...

Hi-Tea Pra Graduasi DPLI GSTT UiTM 2012/2013

 
Halow... Halow... Halow...
 
Hari ni kebosanan xtau nak buat apa2...
dok belek2 files dalam laptop jumpa gambar2 masa Hi-Tea DPLI GSTT UiTM 
yang diadakan pada 23 Jun yang lalu...
Hi-tea ni telah diadakan di Kelab Golf Shah Alam, Seksyen 13...
Pakaian bertemakan Merah-Hitam...
 
 
Merah pink pun kira merah gak kan..hiihii..
 
 
Semua orang nampak cantik dan segak sangat pada petang tu..
Tapi sedih gak sebab tak semua pelajar kelas dapat hadir...
Majlis berlangsung dari jam 2 petang hingga 5 petang..
Makanan semua best dan sangat berpuas hati...
Banyak makanan yang disediakan...
Ada macaroni goreng, rojak buah, sup cendawan, salad, nasi, ayam goreng dan macam2 la..
Dessert pun macam2 jenis sampai tak larat nak makan..
tapi sayang lupa nak snap gambar makanan..
maklumla, tengah lapar...Ingat nak makan jer..
Sangat2 berpuas hati..
terima kasih banyak2 kepada AJK yang menganjurkan majlis Hi-Tea tersebut...
 
 
Ini gambar setelah sumer kekenyangan....
 
 
Majlis tersebut juga dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh Rina AF dan paling istimewa oleh penyanyi Jayjay..
Memang teruja la tengok persembahan Jayjay,
suara sama jer dalam kaset..
Terbaek sangat....
 
Pelajar dan pensyarah juga semuanya sporting2 membuat persembahan....
Cik comey?? Of coz la tukang sorak kat bawah jer..xde maknanya nak pi naik atas pentas tu...
Nak nyanyi suara sumbang, nak menari xde lenggok..
hahaaa...
 
 
 
Jeles ok tengok kulit Jayjay yang putih halus mulus....
 
 
Kawasan dewan pun selesa dan sesuai sangat nak mengadakan jamuan makan kt situ..
Kami pelajar DPLI GSTT ada lebih kurang dalam 330 orang...
Dengar citer dari AJK harga buffet yang kami makan hari tu lebih kurang RM65....
Tapi kami pelajar just bayar RM10 jer..
Yang lain ditanggung oleh UiTM dan juga ada beberapa sponsor...
Itu menambahkan lagi kesedapan makan kat situ...
hiihii..
 
 
Oklah, Korang layan la gambar-gambar ni dulu yea.....
Sampai ketemu lagi...
....Tata...
Bergambar bersama dekan dan pensyarah2...

We are PHE students..

nak main golf xleh..posing jer lah..

Tak sempat nak cari baju baru..Pakai jer baju yang dah ada...
Nota Jari: Kenangan di UiTM akan tetap tersemat dalam hati.. Rindu korang sumer..Muahh..

Tuesday 16 July 2013

Do and Dont in Ramadhan....

 
Halow... Halow... Halow...
 
 
Just a simple reminder for us...
 
Sharing is Caring...
sumber en.Google



Nota Jari: Perbanyakkan ibadah, pertingkatkan taqwa dan perkuatkan iman, Selamat berpuasa..



Niat puasa Ramadhan dan doa berbuka puasa...


Halow... Halow... Halow... 
Sekadar peringatan untuk kita semua...
 
 




Nota Jari: Jangan lupa niat tau.... Nanti sia2 jer berlapar....

Monday 15 July 2013

6 Ramadan 1434H

 
 
Halow... Halow... Halow....
 
 
Sebelum menulis panjang cik comey nak wish semua umat Islam 
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA ini.....
 
 
 
 
 
Alhamdulillah, sedar x sedar dah enam hari kita berpuasa hari ini, 
semoga kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Syawal.. InsyaAllah..
 
Pada 1 dan 2 Ramadhan yang lalu cik comey balik berpuasa di kampung, 
walaupun sekarang dah ada en.Hubby tapi still rindu dengan mak n family kt kampung..
Nasib baik en.Hubby memahami dan x kisah cik comey balik berpuasa di kampung dulu.
 
 
3 Ramadhan cik comey dah balik berbuka bersama en.Hubby...
Pengalaman yang menarik dan menyeronokkan buat pertama kali 
menyambut puasa bergelar seorang isteri.
Sampai ke hari ini masih lagi rasa kekok n janggal.
Syukur jugak la dapat suami yang x kisah dan x banyak karenah bab makan..
Setakat hari ini semua ok la... still under control...
 
 
Menu apa korang sepanjang bulan Ramadhan ni? 
Cik comey setakat ni simple2 jer...
Semalam pegi pusing2 bazar Ramadhan dekat  Dungun ni
tapi xde yang menarik perhatian sangat pun..
Setakat ni nampaknya dapat lagi la cik comey menahan nafsu bila pegi bazar...
harap dapat terus bertahan hingga ke akhirnya...hiihii..
Hari ni cik comey masak ikan kembung bakar, 
en.Hubby lak tolong masakkan sardin,
nak lengkapkan hidangan kitorang tambah ulam dan budu..
walaupun simple tapi bertambah2 la jugak kami makan...
seronok sangat rasa hari ni...
 
 
 
oklah, stakat ini dulu...
nanti cik comey merapu lagi bila ada masa yea....
....tata...
 
 
 
 
Nota Jari: Semoga segala amalan kita diterima dan doa-doa kita di bulan yang mulia ini akan dimakbulkan oleh Allah.. Amin...

Wednesday 3 July 2013

Running Man in Malaysia.. Coming soon..

 
 
Halow...Halow...Halow...

Hari ini cik comey nak update skit pasal RUNNNG MAN...
Mesti ramai yang dok layan citer ni kan??
Korang dah episod ke brape?
Cik comey baru jer start layan, sekarang br dok tengok episod ke 50..
mmg ketinggalan kereteapi la... hihii.....





Pasal geng RUNNING MAN nak datang Malaysia pun mesti korang dah tau kan?
Ni saja la cik comey nak share info pada yang belum tau...
kot2 ada gak yang ketinggalan keretapi cam cik comey gak..
hehe...


Seperti yang sumer dah tau, 
RUNNING MAN akan datang ke Malaysia pada bulan September nanti
dan fan meeting diadakan di KENANGA WHOLESALE FASHION CITY MALL...


Daripada sumber yang cik comey baca,
 tak semua geng RUNNING MAN akan datang,
yang tak datang ialah JI HYO, JAEK SUK & KWANG SOO...
Yang lain2 setakat ni kompem boleh datang...
(gaya cam cik comey plak yang contact diorang tanya jadi datang ker tak..hiihii..)



Butiran lanjut seperti berikut..

sumber: FB RUNNING MAN


so, pada yang berminat boleh la tempah tiket sekarang....
kalau dapat tiket premium zone memang syok la..
cik comey mampu tengok dari jauh jer la...
huuuhuu..





Hujung Jari : Simpan duit g Korea jer lah nanti...lag syok jalan2 tengok negara orang...