- Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
- Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
- Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
- Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki,
tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin kepada wanita....
Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
Nota Jari : Wanita mudah mencari pahala dan senang juga untuk mengumpul dosa. Sama2 kita perbetulkan diri masing2 untuk mendapat syurga ALLAH di akhirat kelak....
No comments:
Post a Comment
Jejari anda memang comey...Tq sudi komen... (^__^)