Mereka yg sentiasa comey...

MariBantuMenabung(MBM)

Friday 2 March 2012

Andainya perempuan tahu....

ASSALAMUALAIKUM....SALAM SEJAHTERA...


 
Andainya perempuan tahu........




1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg di rasakan oleh seorang wanita. Jadi wanita perlu berterus terang.

4. Lelaki boleh menerima penolakan tetapi dengan cara yang baik.

5. Lelaki akan cuba menonjolkan sikap kelelakiannya utk menambat hati wanita yang dicintai.

6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool...

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!

8. Lelaki mungkin cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain atau memuji lelaki lain di hadapannya.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya tentang perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan tapi mesra... =)

15. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah..( yea ker x sengaja??)

16. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

17. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu perlu bagi hint barulah lelaki berani untuk memulakan langkah pertama...

18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

19. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

20. Lelaki juga suka bila dimanja dan dipujuk oleh wanita...


Lelaki bukanlah sempurna 100%, jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
sumber : emel..


Nota Jari : Lelaki dan perempuan itu dijadikan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Terima pasangan kita seadanya dan saling berubah ke arah kebaikan... Senyum Sokmo..

 

4 Jejari comey:

  1. 16. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.( lelaki lebih bersikap positif berbanding wanita.sebab tu lelaki dijadikan utk menjadi ketua)..thanks share.suka membacanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq fahz sudi singgah sini..aah lelaki kan pemimpim, kena la kuat...mana leh sedih2 dpn org lain..=)

      Delete

Jejari anda memang comey...Tq sudi komen... (^__^)