Mereka yg sentiasa comey...

MariBantuMenabung(MBM)

Thursday, 1 March 2012

ALHAMDULILLAH...GADIS CINA MEMELUK ISLAM....

....ASSALAMUALAIKUM....
 


Menitis air mata bila lihat video tentang seorang gadis cina memeluk Islam, gembira kerana bertambah lagi seorang umat Islam di bumi Malaysia ni..tapi sedih bila mengenangkan diri yang dilahirkan Islam tapi masih banyak kekurangan. Kadang2 mualaf itu lebih baik daripada mereka yang dilahirkan Islam. Cik comey sendiri pun masih banyak kelemahan, terlalu sikit ilmu akhirat, masih banyak dosa x tertanggung, masih banyak silap x terhitung...Semoga kita semua mendapat hidayah. Hidayah bukan sahaja kepada orang bukan Islam tetapi juga kepada orang Islam supaya menjalani hidup yang sementara ini berlandaskan syariat Islam...

Sesungguhnya Islam itu bukan hanya untuk orang melayu dan tidak juga kepada sesuatu kaum. Islam itu untuk semua, tidak mengira bangsa, kaum , kewarganegaraan, warna kulit dan umur seseorang. Sedih bila masih ramai lagi orang Islam yang dilahirkan Islam sendiri yang memandang serong kepada mualaf. Sepatutnya kita memberi mereka sokongan dan bimbingan bukannya tekanan. 

Bila seorang mualaf memeluk Islam, orang selalu bertanya kenapa dia memeluk Islam, apa nama Islam, bila nak pakai tudung labuh, bila nak pakai jubah dan macam2 lagi persoalan yang membebankan mereka. Sebenarnya Islam itu sangat indah dan mudah. Jangan ditanya kenapa dia memeluk Islam tapi berdoalah semoga dia akan menjadi seorang Islam yang sejati. Nama seseorang tidak penting, yang penting imannya, cuma nama yang memberi maksud baik dan tidak menimbulkan fitnah itu lebih disarankan / digalakkan. Seseorang memerlukan masa untuk berubah. Berubah sedikit demi sedikit dan istiqamah itu lebih baik daripada berubah secara drastik tapi tidak kekal lama. 

Banyak yang cik comey rasa apabila menonton video ini. Kalau korang nak tau lebih lanjut, korang tonton lah sendiri...

Loo Jo Yee, 18 tahun..


Semoga video ni jadi ikhtibar kepada kita semua...



Nota Jari : Ya ALLAH, berilah petunjuk dan tambahkan lah keimanan ke dalam hati2 kami untuk mencari keredhaan MU di dunia dan akhirat. Aminn...


2 Jejari comey:

Jejari anda memang comey...Tq sudi komen... (^__^)