Terjumpa artikel ni dalam external hardisk cik comey. Sekadar perkongsian n peringatan bersama...
- Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
- Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
- Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
- Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s. w. t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
- Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s. w. t.
- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
- Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s. w. t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s. w. t itu lebih mengetahui.
Nota Jari : Perkara JANGAN mmg susah nk ditinggalkan tapi insyaALLAH, setiap manusia boleh berubah skit demi skit..
Astagfirullah,ada gak antara 24 perkara di atas yg sy pernah wat..nice entry :D
ReplyDeletesama la kita cik adieb..xpe, kita berubah slow2..insyaALLAH...
Deletenice sharing..sama2 la kita mengubahnya..follow sini ^^
ReplyDeletetq singgah sini..sama2 kita berubah ke arah kebaikan.. =)
Delete