Mereka yg sentiasa comey...

MariBantuMenabung(MBM)

Wednesday, 25 January 2012

Sunway Lagoon - Part 2

Jam 11 pagi kitorg dah start beratur untuk beli tiket. Orang time tu agak ramai jugak, mungkin sbb tgh cuti CNY. Sumer muka excited jer nak masuk dalam Sunway Lagoon. Cik comey lagi la excited sbb 1st time..Haahaa..Sebelum masuk sempat la snap beberapa pic.

Saper2 yang tinggi  90cm ke bawah, masuk free...

Cik Eila tengah beratur beli tiket

Deposit rm10 untuk wristband tag  


Posing bersama cik nancy

Sunway Lagoon ni dibuka dari jam 11 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin,Rabu, Khamis dan Jumaat. Hari Sabtu dan Ahad serta cuti sekolah/ cuti am, buka 10 pagi hingga 6 petang. Hari Selasa tutup kecuali cuti am atau cuti sekolah.

**child from 3 years to below 11 years

Kitorg beli ticket for all parks. So sumer park boleh masuk n main la.Kitorg mula dengan naik pirrate ship, pening kepala sbb berputar 360. Sakit tekak menjerit. Lepas tu g wild park, tgk rama2, burung n binatang2 lain. Nak citer banyak pun x guna gak. Korang tengok la gambar2 kt bawah nie yea. 

360 piratte ship

Transformer yang dah tinggal tulang
Masa naik bergelak ketawa..bila turun..pening2...
Tunggu turn nak join ATV
Archery -  Saper kalah belanja..nasib baik bukan cik comey yang kalah..
Ole-ole d'Bali...
Last activity - Flying Fox 206 metres

Actually ada gak park yang korang kena bayar bila nak main, pay per ride. Contohnya, go-kart, G-Force, Bunggy Jump and Painball.

**Pay per ride
 
Paling cik comey suka ialah pengalaman naik All Terrain Vehicle(ATV). Mmg 1st time main n syok sgt2. Mencabar la jugak bagi 1st timer cam cik comey ni. Nampak cam senang jer nak bawa motor ni tapi susah jugak rupanya kalau x pandai nak control. Kaki ni asyik nak pijak tanah jer bila rasa nak jatuh. Padahal x jatuh pun sbb motor ni kan besar. Terbawa-bawa gaya naik cik merah( my motorcycle)..hahaa...


All Terrain Vehicle (ATV)
Let's go to the jungle....hiihii..

Pada korang yang 1st time nak pegi, cik comey nasihatkan suh makan kenyang2 dulu sebab makanan kat dalam sunway lagoon tu agak mahal ( bg org yg kurg berduit cam cik comey nie). Sumer makanan lebih kurg 2 kali ganda, mineral water yang kecik pun rm3 n no outside food. Tapi bila kat dalam tu seronok sangat sampai lupa nak makan...hahaa....

Memang the whole day at sunway lagoon was great, happy n enjoy but little bit disappointed because did not bring swimming suit or baju basah. Jadi x dapatla kitorg bermandi manda n main permainan yang kena air. But we promise to go there again to try G-force and bunggy jump.

Can't wait for the next trip..
  
Nak tau lebih lanjut, layari website Sunway Lagoon...


Lepas penat seharian di Sunway Lagoon, baru la sumer rasa lapar. Keluar jer terus pi sunway piramid n makan di Restoren Ayam Penyek. Masa makan sumer senyap jer menikmati nasi sambil dok teringat2 aktivi kt sunway lagoon. Kaki cik comey rasa dah lenguh2 giler, mmg kurang stamina betul la.  Bila last cik comey bersenam ek?? Cam dah bertahun jer....Hahaa..

Sebelum balik kitorg tengok wayang citer Underworld(3d) yang telah disponsor oleh Daus sbb dia kalah main archery..hiihii..Syok betul ada geng yang sporting n x berkira ni..Thanks yea daus for the ticket. =)

Nota Jari : Sunway Lagoon, i will come again to get wet..hahaa...

2 Jejari comey:

  1. Ya!! Hari tu sy pg dengan housemate pun, mase seronok main tak hengat dunia kat sana, bukan main happy lagi tak rasa lenguh2 pun. Keluar je dari Sunway Lagoon tu, trus terasa nak tercabut segala sendi2. Sakit seluruh badan. Rase mcm nak masuk balik je Sunway Lagoon. Haha. Next time pg KL nak pg Sunway la. Tp tak tau bile baru dapat pg ni. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..malam tu nak tido pun still rasa sakit2 sendi..kaki rasa mmg nak tercabut jer..jalan pun dah tak brapa betul Tapi pengalaman kat sana mmg best..Nanti kalau angel datang, masa yag ok leh la kita pegi sama2 kat sana. Kalau datang selangor, jangan lupa contact akak....windu mau jumpa bidadari nie...=)

      Delete

Jejari anda memang comey...Tq sudi komen... (^__^)