Mereka yg sentiasa comey...

MariBantuMenabung(MBM)

Tuesday 17 January 2012

Novel ku bukan milik mu....

Semalam teman housemate pi POPULAR. Mmg niat di hati nak pegi teman jer. Tapi bila dah sampai sana terus melekat kt Zon Novel. dah x boleh tahan, semua novel rasa nak beli. Belek punyer belek, akhirnyer rembatla jugak 4 buah novel. Nasib baik time tu ada RM100 jer dalam purse, kalau tak lagi banyak la buku cik comey angkut..hiihii...

Seingat cik comey tahun lepas x beli novel pun. Itu yang gian sangat nak beli novel.Cik comey sekarang tengah cari novel2 lama cam bicara hati, sehangat asmara, cinta pertama dan lain2. Novel2 lama ni walau dah baca berpuluh kali pun tapi tetap best n x jemu. Itu yang nak buat koleksi.Korang yang rasa nak derma novel kepada cik comey amatla di alu-alukan...hiihii... Setakat ini baru ada dalam 20 buah novel jer. Hope lepas ni boleh spend atleast RM50 sebulan untuk beli novel.



Hasil tangkapan semalam  =)

Nota Jari : Thanks pada adik juruwang sbb bagi guna kad ahli popular dia..dapat la jugak diskaun 10% setiap buku...Menyesal plak tak ambil sebuah lagi novel untuk cukupkan jadi RM100....(^_^)

No comments:

Post a Comment

Jejari anda memang comey...Tq sudi komen... (^__^)