Mereka yg sentiasa comey...

MariBantuMenabung(MBM)

Sunday 15 January 2012

Demam GEMERSIK KALBU...

Selepas demam citer TENTANG DHIA..sekarang muncul lagi 1 citer berdasarkan novel.. GEMERSIK KALBU...Novel Gemersik Kalbu ni ditulis oleh Anis Ayuni...Mgu lepas cik comey balik kg, cik comey selongkar la balik novel2 cik comey n jumpa la novel nie. Sempatla abiskan novel ni untuk kali ke berapa cik comey pun dah lupa. Citer dia mmg best...

 
Pada sesiapa yg x pernah baca, ni la rupa cover novel Gemersik Kalbu...

Gemersik Kalbu telah mula bersiaran pada 2 jan 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang menggantikan citer Tentang Dhia di TV3. Dilakonkan oleh pelakon2 hebat seperti Aqasha, Ayu Raudhah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani, Khatijah Tan dan ramai lagi.

Citer ni mengisahkan suka duka seorang gadis bernama Raihana. Cerita ni ada elemen kekeluarga di samping elemen cinta n romantik.Kisah bermula dengan konflik Raihana yang dibenci oleh ibunya dan diteruskan dengan kisah cinta antara Raihana dan Wan Ariffin. Makin menarik apabila ikatan yang terjalin antara Raihana dan Wan Ariffin terpisah kerana Wan Ariffin terlebih dahulu dijemput oleh  Ilahi. Sufian hadir cuba mengisi kekosongan hati Raihana namun cinta Wan Ariffin masih utuh di hati. Dapatkah Sufian memenangi hati Raihana?? Sama2 la kita tunggu dan lihat...

Raihana dan Sufian

Nota Jari : Paling menarik perhatian cik comey pasal citer ni ialah lagu tema yg dinyanyikan oleh Aqasha. Sebelum ni x perasan pun hingga la 1 hari adik cik comey yang bongsu komen " apala lagu nie...nak gigit2 telinga...lucu la.."
Hahaa..lepas tu baru la cik comey dengar betul2 lirik..mmg ala2 jiwang blues la lirik dia..hahaa...

No comments:

Post a Comment

Jejari anda memang comey...Tq sudi komen... (^__^)