Mereka yg sentiasa comey...

MariBantuMenabung(MBM)

Friday, 27 January 2012

INGAT 2 perkara..LUPA 2 perkara..

Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya....
Ingatlah dua perkara dan lupakan dua perkara...


INGAT dua perkara :
  1. Kebaikan orang lain kepada kita
  2. Kesalahan kita kepada orang lain

LUPA dua perkara:
  1. Kebaikan kita kepada orang lain
  2. Kesalahan orang lain kepada kita 

Mencari ketenangan hidup ini bermula dari hati yang bersih. Apabila kita melupakan kebaikan kita kepada orang lain bermakna kita sudah melakukan sesuatu dengan hati yang ikhlas. Jika kita sudah melupakan kesalahan orang lain bermakna kita sudah memaafkannya dari hati yang redha.




Nota Jari : Manusia biasanya lebih ingat apa yang patut dilupakan dan selalu lupa apa yang patut diingat....


Thursday, 26 January 2012

Bezday boy...

Amaran awal : Entry ini mengandungi unsur2 sederhana gediks..hiihii...

Entry ni khas untuk en.Tunang my Bee.. Selamat hari ulang tahun yang ke dot..dot..dot...haahaa..dah tua dah my Bee nie..Semoga Bee sihat, murah rezki n diberkati oleh ALLAH selalu.

Happt Birthday to you Hubby...


Hari ni saja jer cik comey buat2 x ingat pasal bezday dia, sekali merajuk plak en.Tunang . Nasib baik merajuk kejap jer. Plan td nak g tgk wayang tp bila dah sampai panggung, xde plak citer yg best. Jadi kitorg pun pegi la makan kt Mc Donald pastu pusing2 KL. Imbau balik kenangan2 lama dan tempat2 dating dulu2..Lawak plak bila teringat balik sumer tu. Tapi sumer tu kenangan terindah selama hampir 6 tahun bersama my Bee. Semoga hubungan ni berakhir ke jinjang pelamin dan kekal hingga hujung nyawa. Aminn...

Gigih cik comey buat kad besday kat en.Tunang petang tadi. Mula2 ingat nak beli jer tapi malas plak nk kuar. Dah siap2 balut adiah, terfikir nak buat kad simple2 jer. Lagipun dah lama x bagi bertukar2 kad. Akhinya, berjaya gak cik comey siap kan kad dengan penuh kreatif...Sengaja x nk letak gambar sbb biarlah rahsia antara kami..hiihii....

Bezday Boy Man

Nota Jari : Sabar yea my Bee sbb kena tangguh lagi perkahwinan kita..Thanks sbb sanggup tunggu Honey..

Wednesday, 25 January 2012

Ombak Rindu versi taubat

Usya-usya youtube..jumpa video nie.. Best jugak...Sharing is caring...Thanks pada yang buat video nie...





Sumber youtube

Sunway Lagoon - Part 2

Jam 11 pagi kitorg dah start beratur untuk beli tiket. Orang time tu agak ramai jugak, mungkin sbb tgh cuti CNY. Sumer muka excited jer nak masuk dalam Sunway Lagoon. Cik comey lagi la excited sbb 1st time..Haahaa..Sebelum masuk sempat la snap beberapa pic.

Saper2 yang tinggi  90cm ke bawah, masuk free...

Cik Eila tengah beratur beli tiket

Deposit rm10 untuk wristband tag  


Posing bersama cik nancy

Sunway Lagoon ni dibuka dari jam 11 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin,Rabu, Khamis dan Jumaat. Hari Sabtu dan Ahad serta cuti sekolah/ cuti am, buka 10 pagi hingga 6 petang. Hari Selasa tutup kecuali cuti am atau cuti sekolah.

**child from 3 years to below 11 years

Kitorg beli ticket for all parks. So sumer park boleh masuk n main la.Kitorg mula dengan naik pirrate ship, pening kepala sbb berputar 360. Sakit tekak menjerit. Lepas tu g wild park, tgk rama2, burung n binatang2 lain. Nak citer banyak pun x guna gak. Korang tengok la gambar2 kt bawah nie yea. 

360 piratte ship

Transformer yang dah tinggal tulang
Masa naik bergelak ketawa..bila turun..pening2...
Tunggu turn nak join ATV
Archery -  Saper kalah belanja..nasib baik bukan cik comey yang kalah..
Ole-ole d'Bali...
Last activity - Flying Fox 206 metres

Actually ada gak park yang korang kena bayar bila nak main, pay per ride. Contohnya, go-kart, G-Force, Bunggy Jump and Painball.

**Pay per ride
 
Paling cik comey suka ialah pengalaman naik All Terrain Vehicle(ATV). Mmg 1st time main n syok sgt2. Mencabar la jugak bagi 1st timer cam cik comey ni. Nampak cam senang jer nak bawa motor ni tapi susah jugak rupanya kalau x pandai nak control. Kaki ni asyik nak pijak tanah jer bila rasa nak jatuh. Padahal x jatuh pun sbb motor ni kan besar. Terbawa-bawa gaya naik cik merah( my motorcycle)..hahaa...


All Terrain Vehicle (ATV)
Let's go to the jungle....hiihii..

Pada korang yang 1st time nak pegi, cik comey nasihatkan suh makan kenyang2 dulu sebab makanan kat dalam sunway lagoon tu agak mahal ( bg org yg kurg berduit cam cik comey nie). Sumer makanan lebih kurg 2 kali ganda, mineral water yang kecik pun rm3 n no outside food. Tapi bila kat dalam tu seronok sangat sampai lupa nak makan...hahaa....

Memang the whole day at sunway lagoon was great, happy n enjoy but little bit disappointed because did not bring swimming suit or baju basah. Jadi x dapatla kitorg bermandi manda n main permainan yang kena air. But we promise to go there again to try G-force and bunggy jump.

Can't wait for the next trip..
  
Nak tau lebih lanjut, layari website Sunway Lagoon...


Lepas penat seharian di Sunway Lagoon, baru la sumer rasa lapar. Keluar jer terus pi sunway piramid n makan di Restoren Ayam Penyek. Masa makan sumer senyap jer menikmati nasi sambil dok teringat2 aktivi kt sunway lagoon. Kaki cik comey rasa dah lenguh2 giler, mmg kurang stamina betul la.  Bila last cik comey bersenam ek?? Cam dah bertahun jer....Hahaa..

Sebelum balik kitorg tengok wayang citer Underworld(3d) yang telah disponsor oleh Daus sbb dia kalah main archery..hiihii..Syok betul ada geng yang sporting n x berkira ni..Thanks yea daus for the ticket. =)

Nota Jari : Sunway Lagoon, i will come again to get wet..hahaa...

Monday, 23 January 2012

Demam Korea

Dulu masa cik comey sekolah menengah, demam citer2 jepun. Korea belum naik sgt lg time tu. Bila dah masuk U citer korea mula jd bualan terutama di kalangan gegirls. Sumer pakat dok tengok citer korea n sibuk semua nk belajar ckp korea, tiru cara korea dressing n macam2 la, semua tentang korea.

Great Teacher Onizuka (GTO)
Beach Boys

Cik comey pun ingat jugak masa kat upm dulu sanggup sewa cd2 citer korea, student mana ada duit nak beli cd yang original, dahla beratus-ratus harga dia. Dulu terutama waktu hujung minggu, kitorg x tdo sbb dok layan citer korea yang berbelas-belas episod. Semangat betul kalau bab tengok citer, kalau bab study x sampai 1 jam dah ngantuk. Korang pun mesti sama ngan cik comey gak kan??hahaa.....

My Love Patzzi

Paling top sampai sekarang - Full House

Bila umur dah meningkat naik ni, minat tu dah x sedalam dulu2. Sekarang kalau tgk citer korea pun boleh stop2 n tgk bila xde keje. Sekarg minat lebih kepada nak g cuti2 korea tp bila ingat PTPTN, terpaksala pendamkan saja niat tu..huwwaaa...huwaaa....

Entry ni wujud sebab cik comey baru jer abis tgk citer Princess Hour untuk kali ke berapa ntah. Suka giler tgk citer ni sbb hero2 dia hensem2 sangat.... =)

Princess Hour / Goong Palace

Pada mereka yang suka tgk citer korea, leh la lawat website quemisu. Leh download citer2 korea yang best2...

Nota Jari : Dah jadi habit plak bila tgk citer korea mesti makan maggi...

Sunday, 22 January 2012

Sunway Lagoon - Part 1

Hari ni 1st time cik comey melangkah masuk sunway lagoon...rasa jakun giler..hahaa...padahal rumah kat usj jer, selalu jer g sunway piramid tp x pernah nak masuk sunway lagoon. Satu sebab mahal, kedua sebab pk klu masuk sana kena pakai bikini or swimming sut ker...hahaa...

Sunway Lagoon Map


Tadi cik comey g dengan geng PCB06 - eila, ubong,daus n zool. Memang seronok sangat la lepak dengan diorg nie. Semua sporting n enjoy sgt2. Tujuan untama nak g sunway lagoon tu sebenarnya nak g main buggy jump, wall climbing n G-Force tapi last2 tiga2 x main. G-Force n wall climbing tgh upgrade.So kitorg decided buggy jump pun try lain kali jer la. Apa2 pun, hari ni tetap fun dgn games2 lain.Cuma sedikit kecewa sbb x bawa baju untuk mandi. Kitorg x dapatla masuk main water park.

Sunway lagoon ni buka jam 10 pagi hingga 6 petang. Bayaran masuk dewasa untuk all park RM75 + RM10 (deposit wristband tag). Dan jangan lupa sila bawa Mykad sbb foreigner harga lain.

Oklah, sbb dah penat sgt nie..esok2 cik comey update lagi beserta gambar2 kt sana yea..


Nota Jari : Umur 27 tahun baru dapat rasa masuk Sunway Lagoon. Lepas ni boleh la bawa adik2 n family plak dtg...

Friday, 20 January 2012

Takziah..Izwan Pilus Meninggal...

Tadi jenjalan kt blog org lps tu terkejut bila baca pasal penyanyi Izwan Pilus dah meninggal. Mula2 macam x percaya jugak,ingat ker gosip tapi bila baca dr byk blog mmg betul la. Takziah kepada keluarga arwah n Al-Fatihah kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

arwah Izwan Pilus ( 24 Nov 1979 - 20 Jan 2012)

Menurut sumber blog2.. Izwan Pilus meninggal lebih kurang jam 6 lebih petang tadi di sebab kan sakit jangkitan paru2. Penyanyi lagu Full House versi melayu ni telah meninggal di Hospital Ampang.


Nak tau lebih lanjut klik SINI dan SINI dan SINI

Nota Jari: Dari DIA kita datang, kepda DIA kita kembali. Al-Fatihah...

Tahniah ALLY ISKANDAR & FARAH LEE..

Hari ni cik comey nk wish big cogratz to ally iskandar n pasangannya sbb dah selamat bernikah pagi tadi. Semoga pasangan ni sentiasa dicucuri rahmat n berkekalan hingga hujung nyawa. Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

Lepas putus tunang dengan bekas peserta gadis melayu, akhirnya ally bertemu jugak jodoh dan semoga jodoh ini terbaik untuk dia. Sama2 la kita doakan..

Setelah dua kali lafaz, akhirnya selamat bergelar suami isteri yang sah

Ini lah suri hati Ally Iskandar..kalau x silap study kat oversea...


Nak tau lebih lanjut leh klik SINI...

Nak tengok lagi banyak gambar2 kawin diorg...sila klik SINI...
sumber OhBulan, rotikaya dan lain2..


Nota Jari : Cantiknya baju nikah Farah Lee, Dahla tuan pun cun jer...Bertuah Ally....Selamat Pengantin Baru...

Thursday, 19 January 2012

OMBAK RINDU - Hafiz/Adira (ost Ombak Rindu)

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Sumber You tube

Wednesday, 18 January 2012

Cinta Kontrak vs Gemersik Kalbu

Semalam hari berjiwang + air mata untuk cik comey. Nak tau naper?? Semalam mula baca novel Cinta Kontrak tulisan penulis baru, Nurul Ain Syuhada, terbitan Fajar Paker sdn bhd. Masa mula2 beli novel tu ingat kan citer dia pasal org kawin kontrak. Cik comey beli jugak novel ni sebab tertarik dengan cover dia warna merah n nak cuba baca hasil tulisan novelis2 baru. Saja nak cari kelainan.

Baca muka surat pertama, dlm hati kata " Okla gaya penulisan dia, senang nak faham n ayat 'budak2' skit...". Penulis pun mmg muda lagi, umur baru 19thn. Idea cerita lebih kurang dengan cerita novel2 lain jugak, hero yang kaya n handsome, heroin plak cantik tapi miskin..tapi digarap dgn jalan cerita yang baik dan berbeza dari novel lain. Novel ni pun jenis yang ringan n rilex jer baca. Kira enjoy la baca novel nie.

Agaknya dah lama kot cik comey x  menangis. Baca novel nie semalam sampai menangis2...Cik comey ni kalau baca novel mmg camtu, feeling sgt2,rasa cam masuk dalam dunia citer tu. Senyum sorang2. Lepas tu teresak-esak plak menangis semalam. Nasib baik baca sorang2 dalam bilik. Kalau x, segan la jugak..nnt orang tgk dah x comel...hahaahaa...

Petang plak dok mengadap tv3 citer Gemersik Kalbu. Makin jatuh cinta nga watak Suffian. Very romantic  n sweet.. Hope my Bee pun leh jadi romantik  camtu..dalam mimpi boleh kot...hahaa...

Nota Jari : Baca novel n tgk citer ni buat cik comey nak KAWIN cepat2.... Ya Allah, cepatkanlah jodoh hamba-MU ini..Amiinn...

Tuesday, 17 January 2012

Novel ku bukan milik mu....

Semalam teman housemate pi POPULAR. Mmg niat di hati nak pegi teman jer. Tapi bila dah sampai sana terus melekat kt Zon Novel. dah x boleh tahan, semua novel rasa nak beli. Belek punyer belek, akhirnyer rembatla jugak 4 buah novel. Nasib baik time tu ada RM100 jer dalam purse, kalau tak lagi banyak la buku cik comey angkut..hiihii...

Seingat cik comey tahun lepas x beli novel pun. Itu yang gian sangat nak beli novel.Cik comey sekarang tengah cari novel2 lama cam bicara hati, sehangat asmara, cinta pertama dan lain2. Novel2 lama ni walau dah baca berpuluh kali pun tapi tetap best n x jemu. Itu yang nak buat koleksi.Korang yang rasa nak derma novel kepada cik comey amatla di alu-alukan...hiihii... Setakat ini baru ada dalam 20 buah novel jer. Hope lepas ni boleh spend atleast RM50 sebulan untuk beli novel.



Hasil tangkapan semalam  =)

Nota Jari : Thanks pada adik juruwang sbb bagi guna kad ahli popular dia..dapat la jugak diskaun 10% setiap buku...Menyesal plak tak ambil sebuah lagi novel untuk cukupkan jadi RM100....(^_^)

Sunday, 15 January 2012

OBSESSIKU - AQASHA (OST Gemersik Kalbu)

Matamu…Bibirmu..Pipimu dan Juga Senyum mu
Membuat Aku Lebur Hanyut Di Dalam Ghairah Kernamu
TubuhMu..
HarumMu..
Hatimu Oh Semua Aku Mahu

*
Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu
Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Asmara Disetiap Pagi HariMu
Dengan Harapan Agar Kau Tahu
Semoga Kau Tahu

Ku GilakanMu
Aura Mu Memujuk Rayu Hatiku
Sering Bergoncang Jiwa Ini
Siang Malam Ku Gundah
Tiada Melihat WajahMu
Ku Rindu
TubuhMu
Harum Mu
Hati Mu




Sumber Youtube

Demam GEMERSIK KALBU...

Selepas demam citer TENTANG DHIA..sekarang muncul lagi 1 citer berdasarkan novel.. GEMERSIK KALBU...Novel Gemersik Kalbu ni ditulis oleh Anis Ayuni...Mgu lepas cik comey balik kg, cik comey selongkar la balik novel2 cik comey n jumpa la novel nie. Sempatla abiskan novel ni untuk kali ke berapa cik comey pun dah lupa. Citer dia mmg best...

 
Pada sesiapa yg x pernah baca, ni la rupa cover novel Gemersik Kalbu...

Gemersik Kalbu telah mula bersiaran pada 2 jan 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang menggantikan citer Tentang Dhia di TV3. Dilakonkan oleh pelakon2 hebat seperti Aqasha, Ayu Raudhah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani, Khatijah Tan dan ramai lagi.

Citer ni mengisahkan suka duka seorang gadis bernama Raihana. Cerita ni ada elemen kekeluarga di samping elemen cinta n romantik.Kisah bermula dengan konflik Raihana yang dibenci oleh ibunya dan diteruskan dengan kisah cinta antara Raihana dan Wan Ariffin. Makin menarik apabila ikatan yang terjalin antara Raihana dan Wan Ariffin terpisah kerana Wan Ariffin terlebih dahulu dijemput oleh  Ilahi. Sufian hadir cuba mengisi kekosongan hati Raihana namun cinta Wan Ariffin masih utuh di hati. Dapatkah Sufian memenangi hati Raihana?? Sama2 la kita tunggu dan lihat...

Raihana dan Sufian

Nota Jari : Paling menarik perhatian cik comey pasal citer ni ialah lagu tema yg dinyanyikan oleh Aqasha. Sebelum ni x perasan pun hingga la 1 hari adik cik comey yang bongsu komen " apala lagu nie...nak gigit2 telinga...lucu la.."
Hahaa..lepas tu baru la cik comey dengar betul2 lirik..mmg ala2 jiwang blues la lirik dia..hahaa...

Saturday, 14 January 2012

Queen of sleep...

Bee: Assalamualaikum...wak gapo?

Honey: Waalaikumussalam...tak wak gapo, baru bangun tido...

Bee: Yang, cuba awak tgk jam kul baper loni...

Honey: (Dengan blur2 tgk jam) Baru kul 10 pagi kot. Hujan etek sini dari subuh tadi, tu syok tido....

Bee: Awak ni mmg Queen of Sleep ngoti la...Dari dulu sapa loni, suka sangat tido...

Honey : heehee...sekali skala jah bangun lambat...

Bee: Bukan sekali sekala tapi tiap2 ari awak bangun lambat tau....bla..bla..bla...bla...

Honey: Dah la Yang membebel, karang plak sambung....nak g basuh baju nie...hiihii..tata...

Ini mmg dialog biasa tiap2 pagi dgn en.Tunang. Dari mula kenal dulu lagi,ni la perkara paling susah cik comey nak ubah. Bangun pagi. Selalu nya lepas solat subuh mesti tido balik. Dulu 1st time jd cikgu, dah tanam azam nk bgn awal2 pg, tp bila dpt mengajar sesi petang mmg lps subuh tdo blk la..Buruk betul kan perangai cik comey,korg jgn tiru tau..hahaa....Sekarang dlm proses nk berubah la. Hope dah masuk belajar nnt boleh la cik comey bgn awal. Kalau bgn awal leh g jogging..nnt leh kurus..hiihii..tinggi plak cita2 nyer... (^__^)


Nota Jari : Sleeping is my hobby...hiihii....

Friday, 13 January 2012

Baca lah AL-QURAN walaupun tidak faham...

Kisah ni cik comey ambil dari emel yg di kirimkan oleh kwn cik comey..Semoga dpt bagi pengajaran pada kita semua..



Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.

Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru
perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu.. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

“Tak ada gunaya” bentak si cucu.

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”

Nota Jari : Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya... kerana ia kalam Allah yg boleh membersihkan hati kita. Wallahua'lam.

Thursday, 12 January 2012

Bila nak kawin???

"Bila nak kawin?Dah setahun lebihkan bertunang??"

"Kau nie dah bertunang lama, xnak kawin2 lagi ker??"

"Tak elok tau bertunang lama2, kawin jer la..buat setakat mana yg mampu...

"kau nie umur dah makin banyak, bertunang dah lama..nak tunggu apa lagi?? Takkan la tunang kau tu xcukup2 duit lagi??"

"kalau duit x byk..buat la mana yg mampu jer..xyah la nk berangan buat besar2 macam org lain..yang penting kawin..ni dok tunang lama2 buat apa..umur makin tua...org lain dah ada anak dua dah..."


Kat atas tu baru sebahagian kecil kata2 yang selalu dk terjah telinga cik comey nie, macam2 kata2 lagi la yg diorg dok tanya bila jumpa cik comey nie..Dari makcik,kwn n budak kecik pun dk tny benda sama...Memang menyampah jugak la tp cik comey pk positif.."diorg abik berat psl cik comey kot..." Tapi kadang2 klu terpk gak negatif..."diorg ni sibuk dk tanya jer..lain kali sambil tanya, hulur la seribu dua ribu..blh gak guna buat kawin..."..Betul tak??

Cik comey tau mesti ramai gegirls kt luar sana yg dalam dilema cam cik comey kan??Biasa la bila dah abis belajar n umur dah jejak 25++ mmg soalan ni soalan wajib la....Plg tidak pun sekali setiap tahun bila tiba hari raya,jumpa makcik2,kwn2 lama,sepupu sepapat,anak sedara..mmg wajib la tanya... "bila nk kawin?"...Kadang2 malas nk jawab, senyum jer la...Dalam hal ni diam tu mmg lebih baik dr berkata2...

Kita pun x blh nk menyalahkan diorg gak. Mmg dah lumrah, bila dah dewasa setiap org akan berumahtangga. Jadi soalan bila nak kawin ni mmg soalan2 biasa bila umur kita meningkat. Yang jd masalahnya  bila soalan diajukan dengan cara yg kurang best...sinis,perli-memerli n kata2 yg kurg sedap di dengar. Itu yg buat org yg ditanya rasa HOT semacam jer....hiihii...

Mereka2 yg sibuk dk bertanya dengan ayat2 pedas ni bukan nyer x faham yang jodoh tu datang dari ALLAH tapi saja buat2 x faham agaknyer. Cik comey rasa semua wanita mmg nak n teringin kawin awal (maksudnya bila umur 24-26 tahun) dan mempunyai anak tapi jodoh tu kan sumer di tangan ALLAH. Kita ni hanya mampu berusaha. Walau berderet lelaki dok menunggu depan kita pun tapi klu belum sampai SERU, mmg x kan berkahwin jugak. Kalau mmg dah datang SERU & JODOH nya, sekali dipinang orang terus jer kawin.

Semoga dia ialah JODOH ku yg telah ditulis dulu...amin..


Time single org tanya " tak ada orang nak ker??"
Dah ada pakwe org kata " asyik ke hulu ke hilir berdua,elok korang bertunang dulu"
Bila dah bertunang org tanya " bila nk kawin? x elok tunang lama2"
Lepas kawin org tanya lagi "dah mengandung ker? takkan x puas honeymoon lagi kot..."
Dapat anak sorang org tanya "anak dah masuk 2 thn, dah boleh dpt adik tu "
kalau anak berderet pun org mmg akan tanya dan tanya dan  tanya lagi...Lumrah alam macam tu la...Pepatah Melayu kata Malu bertanya sesat jalan..tapi klu lebih2 bertanya org pun menyampah....hiihiii...


Nota Jari : Daripada asyik bertanya "bila nak kawin?" baik la sama2 berdoa semoga org yg ditanya dipercepatkan JODOH n menemui jodoh yang baik...Senyum Sokmo..

Wednesday, 11 January 2012

Hati ini...

Ya ALLAH...ampun kan hamba-MU ini...Sesungguhnya perasaan itu datang kembali...Walau sekuat mana ku tepis tp kdg2 kala ia tetap hadir mengetuk hati ini...Ku cuba kuatkan iman..Ku cuba tenangkan hati...Ku cuba lapangkan dada...Sungguh aku rasa sgt berdosa...

Wahai Hati......Jangan kau lalai hanya kerana kenangan lama...Jangan kau lemah hanya kerana dugaan ini...Kau perlu kuat...Masih panjang perjalanan dan masih banyak liku2 yg perlu dilalui...InsyaALLAH, aku cuba sembuhkan kau dengan keimanan...akan ku cuba rawat kau dengan ketaqwaan...

 
 Nota Jari: Aku manusia lemah...Ya ALLAH..kuatkan hatiku untuk melalui jalan2 di dunia ini untuk mencari kebahagiaan di akhirat sana...

Sunday, 8 January 2012

Kisah Pisang dan Hati

Tq Mr. Google
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. 

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.
  
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.                         

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak.Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa. 

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam. 

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu”  beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci....!!!!!


Nota Jari : Kebencian akan membuatkan kita hidup dalam kemarahan TAPI kemaafan membuatkan kita hidup dalam ketenangan... Senyum Sokmo...                

Saturday, 7 January 2012

KDK??

Satu hari di dalam kelas di sebuah sekolah…


Cikgu : Murid-murid, hari ini kita akan belajar menulis karangan. Paling penting apabila menulis karangan jangan tulis singkatan perkataan.

Murid A : Cikgu singkatan perkataan tu apa?

Cikgu : Singkatan perkataan maksudnya awak tak eja perkataan dengan lengkap. Biasa bila awak SMS awak guna singkatan perkataan. Siapa boleh bagi contoh?

Murid A : Saya faham cikgu. Contohnya , blh untuk boleh..kan cikgu??

Cikgu : Betul tu. Contoh lain?

Murid B : mkn untuk makan.

Murid C : LOL untuk loud of laugh cikgu..(sambil tersengih nampak gigi..)

Cikgu : LOL lagi la tak boleh guna..itu dah perkataan Inggeris.Kita nk buat karangan bahasa Melayu.

Murid A : Kalau macam tu KDK boleh guna la cikgu yea? ( tanya dengan muka konfiden..)

Cikgu : (dengan muka kompius…) KDK??KDK singkatan untuk apa?? Cikgu tak pernah dengar pun..

Murid A : KDK ialah Ketawa Dengan Kuat…

Cikgu : ?????

Belum aku cakap apa2..satu kelas KDK  kt aku….budak2 zaman sekarang..terlebih kreatif sudah…hahaaa…


Nota Jari : ada org kata x elok sebut OMG…so, diorg tukar jd OMK…Oh Mak Kau…dunia2..macam2 la…hahaa….

Friday, 6 January 2012

Perkongsian Fadhilat Bismillah


Sebagai umat Islam, ungkapan Bismillah kita sebut setiap hari kerana di dalam setiap solat kita membaca surah A-Fatihah dan Bismillah termasuk d dlm surah ini.Umat Islam mmg dianjurkan untuk memulakan setiap pekerjaan dgn bacaan Bismillahirrahmanirrahim. Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi banyak kebaikan. Allah memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat yang membaca Bismillah.

Rasulullah bersabda, “Setiap perkara yang tidak dimulai dengan bismillah (dalam riwayat lain: dengan mengingat Allah), maka amalan tersebut terputus (kurang) keberkatan-Nya.”

 Fakta tentang BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
  • Bismillah itu tertulis di permulaan setiap surah di dalam Al-Quran kecuali Surah At-Taubah.
  • Dalam satu ungkapan Bismillah, kita telah menyebut 3 nama ALLAH iaitu - ALLAH, Ar-RAHMAN dan Ar-RAHIM
 
Fadhilat / Kebaikan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
  1. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
  2. Bagi ibu yang mempunyai anak yang bebal atau degil, maka bacalah Bismillah sebanyak 786 kali dan tiupkan pada air lalu diberi minum kepada anak itu selama 7 hari berturut-turut pada saat matahari terbit, insyaALLAHanak itu akan berubah.
  3.  Mereka yang berniaga bacalah sebanyak 786 kali di hadapan kedainya lalu di hembuskan selama tujuh hari. InsyaALLAH dengan izin ALLAH maka majulah perniagaannya.
  4. Membaca Bismillah sebanyak 313 kali serta 100 kali selawat ke atas nabi SAW pada waktu pagi hari ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insyaALLAH akan mendapat rezki yang tidak di sangka-sangka.
  5. Barangsiapa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM sebanyak 41 kali di telinga orang yg pengsan maka dia akan segera sedar dengan izin ALLAH
  6. Tulis sebanyak 35 kali lalu di letakkan di pinturumah, insyaALLAH terlindung dari rasukan jin dan syaitan.
  7. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah dituliskan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit itu.
  8. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali di hadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka segera dia tunduk atau ketakutan.
  9. Sesiapa yang membaca Bismillah dengan sempurna sebanyak 786 kali pada segelas air, lalu diberi minum kepada orang yg dicintai, maka orang itu akan sangat mencintainya.

Senarai di atas sebahagian kecil kelebihan bacaan BISMILLAH dan ingat lah kita berusaha, hanya ALLAH yang menyembuh atau menentukannya.




SUMBER : Mr. Google and You Tube.


Nota Jari : Sama2 kita mengamalkan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....semoga segala apa yg kita lakukan diberkati-NYA dan mendapat pahala....

Thursday, 5 January 2012

JODOH.... Honey & Bee…


Awak jodoh itu rahsia ALLAH…
SEHEBAT mana awak MERANCANG…
SEKUAT mana  awak BERSABAR…
SELAMA mana awak MENUNGGU…
SEJUJUR  mana awak SETIA…
SEIKHLAS mana  awak MENERIMA  saya…
Jika ALLAH tidak menulis JODOH kita untuk bersama,
Kita tetap akan terpisah jua akhirnya…
Saya harap awak faham  dan terima dengan REDHA…

Tapi…

Selagi kita masih BERSAMA…
Saya akan tetap ada dalam PERANCANGAN hidup awak…
Saya akan tetap SETIA dengan awak..
Saya akan tetap SABAR menempuh dugaan bersama awak…
Saya akan tetap TERIMA awak seadanya…
Dan paling penting…
Saya tetap akan TUNGGU awak melafazkan AKAD yang sah…

Tq Mr. Google



Nota Jari : Ya ALLAH, berkatilah hubungan kami dan tunjukkanlah kami jalan2 yang benar menuju ke alam perkahwinan yang sah…Aminnn… \(-_-)/

Wednesday, 4 January 2012

Tak Knal Camner nak Suka..

Entry kali nie…cik comey nk citer la skit pasal diri cik comey nie…mesti ramai dok pk..comel sgt ker sampai guna nickname comey???ntah2..tuannyer comot….nak kata comey sgt xde la…tp nk kata comot pun x…kira sedang2 je….hiihii….

Actually dr dulu lagi suka dgn perkataan comey nie sbb masa zaman sekolah dulu kengkawan  sumer cun2..jadi sbb sedar diri x brapa nak cun, selalu ckp kt kawan , “…i mmg x cun pun cuma comey jer….” Saper lagi nak puji diri kita klu bukan kita sendiri kan???kan??? Satu lagi sbb naper guna comey ialah sbb perkataan comey nie selalu digunakan untuk orang yang bersaiz “comey” macam saya… =)
ni gmbr thn lps..skrg makin bertambah "comey"..=D



Ada satu lagi sbb tp lain kali la cik comey citer yea…Skrg nk citer asal usul diri dulu. Nama diberi Siti Asni bt Awang,asal kelate..tapi biasa kengkawan panggil Asni n ada gak yang panggil Nik…naper Nik?? Itu nama manja masa kt asrama sekolah dedulu… Cik comey nie anak ke-3 dr 8 beradik…ada 2 abang,2 adik laki, 3 adik pompuan n 4 anak sedara yang comey2 cam auntie dia (bilangan sah semasa entry ini ditulis n mgkin bertambah di masa akan dtg…hiihii..)…..Alhamdulillah n syukur, masih ada ibu n ayah tercinta…Semoga Allah panjangkan usia mereka..Amin…

luv them so much...


Nota Jari: Nak tau lebih lagi tentang cik comey..tunggu entry2 yang akan datang….Senyum Sokmo…

Tuesday, 3 January 2012

Sport rim Vs Bonia

Kejadian di dalam kereta di lebuhraya…

Bee: Honey, semalam masa Bee g tukar tayar kete, nampak satu sport rim ni mmg class la…
Honey: oh..yea ker???
Bee: (sambil muncungkan mulut kt kete sebelah)..tgk sport rim kete dia..lawanyer..tapi semalam punyer lg lawa la..nampak stylo sgt… Kita beli sport rim jugak nak???
Honey: Bee, sumer tu dunia jer Yang..pakai sport rim pun bukan leh untung apa2 pun. Setakat org tgk jer…lain la klu diorg tgk pastu diorg bg kita duit..ok gak…( sambil tersengih2..)
Bee: Amboi Cayang..dah tu bonia awak tu pun sama gak…sumer tu dunia jah..bukan leh bawa masuk kubur pun….
Honey: Sambil tersenyum manis dan berkata dalam hati…”Alamak, terkena kt batang hidung sendiri la plak..huuhuu…..”


Nota Jari : Penting ker sport rim nie??? Bg cik comey janji kete leh bergerak dgn selamat…kira ok la tue..korg setuju x???...Senyum Sokmo…

Happy New Year 2012

Walaupun agak terlambat tp cik comey nk gak wish epy new year 2012 kt korg sumer...Korg sambut new year kt mana??hope sambut dgn cara yg boleh mendekatkn diri kita kpd-NYA..Cik comey masa new year tu dlm kete, otw blk ke kg...sempat jugak la tgk bunga api....

Cepat tul masa berlalu…cik comey rasa baru jer semalam dok berkumpul ngan kengkawan dok pk apa plan nk buat thn 2011..tup..tup..dah masuk 2012....Apa yang dah korang buat sepanjang thn 2011???Azam2 n plan2 thn 2011 semua dah tertunai ke?? ish..ish.. Sibuk jer cik comey dok tanya org..padahal azam diri sendiri ada gak yg x tertunai tp x kisah la…klu x sempat nk capai thn nie..thn dpn usaha la lagi…yang penting jangan putus asa n belajar dari pengalaman lalu...sama2 la kita muhasabah diri apa yg dah kita buat sepanjang thn 2011..hrp2 thn 2012 akan lebih baik buat kita sumer….. 

Nota Jari : Azam n target cik comey  thn 2012 ialah nak _______ (sila isi tempat kosong ikut kretiviti anda...hiihii..)