Mereka yg sentiasa comey...

MariBantuMenabung(MBM)

Monday, 29 July 2013

Mencari Lailatul Qadar

 
  Halow... Halow... Halow...
 
Malam ini bermula la menjadi pemburu kepada 
Malam Lailatul Qadar...
satu malam yang cukup istimewa di bulan Ramadan yang mulia ini..
  Satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan...
 
sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:
 “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Al-Qadr: 1-5) 
 
 Kalau dicongak, seribu bulan ni lebih kurang 83 tahun lebih...
Bayangkan kita buat amal ibadat pada satu malam Lailatul Qadar tu,
kita akan dapat pahala seperti kita buat amal ibadat selama 83tahun..
 
Maha suci Allah,
 betapa Allah SWT sayangnya kat kita umat Nabi Muhammad SAW
diberinya peluang satu malam ni untuk kita mendapat pahala yang banyak.
Kalau nak tunggu 83tahun belum tentu lagi kita hidup selama itu,
kalau dipanjangkan umur pun belum tentu boleh kumpul pahala 
seperti satu malam Lailatul Qadar...


Daripada Aisyah r.a. katanya: 
Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.
Huraian Hadith: 
1. Islam menuntut umatnya yang berpuasa agar berusaha untuk menambahkan amal ibadat mereka apabila masuk hari yang kedua puluh satu Ramadhan sehingga akhir, kerana di malam-malam tersebut akan berlaku Lailatul Qadar.
2. Oleh itu adalah sangat digalakkan untuk kita memperbanyakkan amal ibadat beriktikaf di dalam masjid melakukan sembahyang-sembahyang sunat seperti sunat taubat, sunat tahajjud, sunat tasbih, sunat hajat dan sebagainya selain daripada sunat tarawikh, membaca al-Quran dan berzikir.
3. Bagi para suami, inilah saatnya merebut peluang beribadah bersama keluarga dengan mengajak isteri mereka bangun beribadat bersama-sama. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina sentisa aman dan mendapat rahmat daripada Allah SWT.
(sumber:http://www.islam.gov.my)
 
 
Aisyah r.a juga pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadr, doa apakah yang aku baca pada malam tersebut?
Maka dijawab oleh Rasulullah SAW, bacalah:
 “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Dzat Yang Maha Pemberi Maaf, Engkau suka pemberian maaf, maka maafkanlah aku”. (HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

 
Ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW mengajar
bahawa yang paling utama dan penting
adalah memohon keampunan daripada Allah SWT...
Sebagai hamba-Nya yang kerdil
kita tidak lari melakukan dosa samada
kita sedar  atau tidak...
Sedangkan Rasulullah sepanjang hidupnya
 sentiasa memohon ampun daripada Allah SWT,
ini kan kita insan biasa....

Bersama-samalah kita menghidupkan 10 malam terakhir ini
dengan perbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, istighfar,
berdoa dan melakukan amal ibadah yang lain..

Peringatan untuk diri sendiri dan sesama kita...
Marilah kita all out beribadah
sepanjang sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan ini.
Jangan ditunggu tanda Lailatul Qadar,
jangan hanya beribadah pada malam ganjil...
tapi lakukan ibadah dengan seikhlas hati sepanjang 10 hari terakhir ini
Semoga Allah mempertemukan kita dengan malam yang istimewa ini...
Amin Ya Rabbal 'Alamin...



Nota Jari: Semoga kita tidak mempersia-siakan peluang yang diberikan ini...
 

No comments:

Post a Comment

Jejari anda memang comey...Tq sudi komen... (^__^)