Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Halow... Halow... Halow...
- Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih." Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur.
- Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa di ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
- Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
- Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
- Bermaaf-maafan sesama kawan.ahli keluarga, suami isteri setiap hari
- Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).
- Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan di dalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)
- Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
- Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)
- Kekalkan wuduk.
- Bersedekah.
- Belanja orang makan.
- Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
- Berkawan dengan ulama.
- Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
- Pesan pada orang, jadi baik.
- Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb).
- Jangan dengar orang mengumpat.
sumber:En.Google
Nota Jari: Jangan biarkan hati kita hitam, jagalah ia kerana di situ letaknya iman..
No comments:
Post a Comment
Jejari anda memang comey...Tq sudi komen... (^__^)