Mereka yg sentiasa comey...

MariBantuMenabung(MBM)

Saturday 3 August 2013

Puding Milo Oreo

 
Halow... Halow... Halow...
 
Semalam cik comey buat puding yang sangat mudah dan sedap...
Dah lama mengidam nak buat tapi sebab takde peti ais jadi tertangguh...
bila semalam asben beli peti ais terus buat...
Thanks to my classmate kak diey yang bagi resepi ni...
Sampai mimpi2 cik comey nak makan puding ni...
hahaa...
Ok korang kalau rajin boleh la try yea...
 
PUDING MILO OREO
 
Gambar cilok en.Google.. Cik comey punyer tak cantik cam ni...huuhuu
 
Bahan-bahan:
1 paket agar-agar 10gm
750 ml air
160gm gula pasir
1 tin susu cair
3/4 cawan serbuk milo
1 bungkus oreo
 
Cara:
  1. Masakkan agar-agar, air dan gula pasir sampai larut. 
  2. Masukkan susu cair. Biar sebati dan mendidih.
  3. Bahagikan bancuhan tadi kepada dua bahagian dan masukkan dalam periuk lain, biarkan di atas api.
  4. Campurkan satu bahagian dengan serbuk milo dan kacau sehingga sebati.
  5. Ambil separuh bahagian bancuhan milo tadi tuang ke dalam acuan. Bakinya dibiarkan di atas dapur dengan api yang kecil supaya tidak beku.
  6. Bila lapisan tadi separa beku, tuangkan semua bancuhan tanpa milo dan letakkan kepingan biskut oreo. ( biskut oreo boleh dipatah-patahkan jika mahu)
  7. Biarkan separa mengeras dan tuangkan baki bancuhan milo. 
  8. Biarkan membeku pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
 
Mudahkan? 
Apalagi petang ni pun boleh terus try..
Dijamin sedap...
 
Tips: Basahkan bekas acuan sebelum tuang bancuhan puding untuk memudahkan puding dikeluarkan daripada acuan.



Nota Jari: Selamat mencuba... ini akan jadi salah satu hidangan cik comey time raya nanti...
 

No comments:

Post a Comment

Jejari anda memang comey...Tq sudi komen... (^__^)