Soal JODOH itu rahsia ALLAH...
- LUASKAN PERGAULAN. Tapi tak bermakna anda kena keluar bersosial ke tempat-tempat yang tak sepatutnya. Hidup ini perlu berkawan dengan bermacam-macam manusia. Jika kita ingin hidup ke arah kebaikan, carilah kawan yang boleh membawa ke arah kebaikan. Hadir ke majlis-majlis ilmu dan aktiviti bermasyarakat yang positif.
- MINTA BANTUAN ORANG LAIN. Tapi tidak perlu ke mana-mana agensi cari jodoh. Cukup sekadar minta ayah, ibu atau keluarga mencarikan kita seseorang yang dirasakan sesuai dengan kita. Kadang kala pilihan mereka lebih tepat untuk kita.
- JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN. Tapi tak bermaksud kita tidak boleh memilih. Mencari yang terbaik untuk diri sendiri adalah harus tapi jangan mencari yang sempurna kerana tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini. Kita sendiri juga tidak sempurna.
Allah mempertemukan kita dengan orang yang yang berbeza dengan kita untuk saling melengkapi antara satu sama lain...
Ibarat cermin,
bila angkat tangan kanan, imej di cermin adalah tangan kiri..
tangan kiri adalah pelengkap kepada tangan kanan...
Mencari JODOH menggunakan D.U.I.T
D = DOA
U = USAHA
I = IKHTIAR
T = TAWAKAL
Allah menyuruh kita mencari JODOH, bukan sekadar menunggu...
Doa juga salah satu usaha dan ikhtiar kita semoga dipertemukan jodoh yang baik,
Selebihnya kita bertawakal dan berserah kepada DIA yang MAHA BERKUASA...
sumber: En.Google
Nota Jari: Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Tapi sebelum mencari yang baik, persiapkanlah diri kita untuk menjadi yang terbaik....
Bila nak edar kad kawin asni ni?
ReplyDeleteInsyaAllah kak.. Doa-doakan lah semoga cepat tiba masa yang telah ditentukan itu... Asni pun dah x sabar nak naik pelamin..hahaa...
Delete