Mereka yg sentiasa comey...

MariBantuMenabung(MBM)

Showing posts with label Fakta bukan auta. Show all posts
Showing posts with label Fakta bukan auta. Show all posts

Monday, 29 July 2013

Mencari Lailatul Qadar

 
  Halow... Halow... Halow...
 
Malam ini bermula la menjadi pemburu kepada 
Malam Lailatul Qadar...
satu malam yang cukup istimewa di bulan Ramadan yang mulia ini..
  Satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan...
 
sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:
 “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Al-Qadr: 1-5) 
 
 Kalau dicongak, seribu bulan ni lebih kurang 83 tahun lebih...
Bayangkan kita buat amal ibadat pada satu malam Lailatul Qadar tu,
kita akan dapat pahala seperti kita buat amal ibadat selama 83tahun..
 
Maha suci Allah,
 betapa Allah SWT sayangnya kat kita umat Nabi Muhammad SAW
diberinya peluang satu malam ni untuk kita mendapat pahala yang banyak.
Kalau nak tunggu 83tahun belum tentu lagi kita hidup selama itu,
kalau dipanjangkan umur pun belum tentu boleh kumpul pahala 
seperti satu malam Lailatul Qadar...


Daripada Aisyah r.a. katanya: 
Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.
Huraian Hadith: 
1. Islam menuntut umatnya yang berpuasa agar berusaha untuk menambahkan amal ibadat mereka apabila masuk hari yang kedua puluh satu Ramadhan sehingga akhir, kerana di malam-malam tersebut akan berlaku Lailatul Qadar.
2. Oleh itu adalah sangat digalakkan untuk kita memperbanyakkan amal ibadat beriktikaf di dalam masjid melakukan sembahyang-sembahyang sunat seperti sunat taubat, sunat tahajjud, sunat tasbih, sunat hajat dan sebagainya selain daripada sunat tarawikh, membaca al-Quran dan berzikir.
3. Bagi para suami, inilah saatnya merebut peluang beribadah bersama keluarga dengan mengajak isteri mereka bangun beribadat bersama-sama. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina sentisa aman dan mendapat rahmat daripada Allah SWT.
(sumber:http://www.islam.gov.my)
 
 
Aisyah r.a juga pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadr, doa apakah yang aku baca pada malam tersebut?
Maka dijawab oleh Rasulullah SAW, bacalah:
 “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Dzat Yang Maha Pemberi Maaf, Engkau suka pemberian maaf, maka maafkanlah aku”. (HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

 
Ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW mengajar
bahawa yang paling utama dan penting
adalah memohon keampunan daripada Allah SWT...
Sebagai hamba-Nya yang kerdil
kita tidak lari melakukan dosa samada
kita sedar  atau tidak...
Sedangkan Rasulullah sepanjang hidupnya
 sentiasa memohon ampun daripada Allah SWT,
ini kan kita insan biasa....

Bersama-samalah kita menghidupkan 10 malam terakhir ini
dengan perbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, istighfar,
berdoa dan melakukan amal ibadah yang lain..

Peringatan untuk diri sendiri dan sesama kita...
Marilah kita all out beribadah
sepanjang sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan ini.
Jangan ditunggu tanda Lailatul Qadar,
jangan hanya beribadah pada malam ganjil...
tapi lakukan ibadah dengan seikhlas hati sepanjang 10 hari terakhir ini
Semoga Allah mempertemukan kita dengan malam yang istimewa ini...
Amin Ya Rabbal 'Alamin...



Nota Jari: Semoga kita tidak mempersia-siakan peluang yang diberikan ini...
 

Sunday, 28 July 2013

Baby BOY Prince William & Kate

Halow... Halow.... Halow
 
Hari ni rajin plak nk update pasal pasangan diraja Britain 
yang femes seantero dunia ni...
Cik comey memang suka follow pasal Willian ni 
sbb dulu suka dengan mak dia, Lady Diana..
Oklah seperti yang semua dah tau...
 Duchess of Cambridge, Kate telah selamat melahirkan baby boy
pada hari Isnin 22 Julai 2013 jam 4.34 pm
Tak nak tulis banyak, layan jer lah gambar2 ni...
(sumer gambar cilok dari En.Google)
 
 Prince William &Kate Middleton
 
 
His Royal Highness Prince George of Cambridge,George Alexander Louis
 
Wajah kegembiraan kate and william
The royal baby, pewaris ke-3 Britain
Nampak lagi bump kat perut kate...
Ni gambar masa Prince William lahir...sama kan...
Baju polka dot pun lebih kurang sama...
Walaupun baru sehari bersalin tapi Kate tetap nampak cun...
Tak nampak cam baru pas bersalin pun...
Maklum la sebelum kuar hospital tu
siap ada jurudandan lagi datang hospital....
 
 
 
 
Nota Jari: Mula2 cik comey pelik tengok perut Kate yang masih buncit, cam ada baby lagi jer.. Lepas tanya member yang dah bersalin dia cakap memang perut orang lepas bersalin cam tu, belum kecut lagi..Hiihiihii.. Malu i....
 

Tuesday, 16 July 2013

Niat puasa Ramadhan dan doa berbuka puasa...


Halow... Halow... Halow... 
Sekadar peringatan untuk kita semua...
 
 




Nota Jari: Jangan lupa niat tau.... Nanti sia2 jer berlapar....

Thursday, 13 December 2012

Malaysia vs Thailand...




Seperti yang semua tahu... 
Malaysia telah tersungkur di peringkat separuh akhir ke-2 menentang thailand...
Memang pahit dan sedih untuk diterima
tapi itu lah hakikat dan takdirnya...

Rata2 malam ni memberi komen tentang pengadil dari Korea yang berat sebelah...
Cik comey pun xtau nak komen apa...
Nampak agak berat sebelah bila pemain kita dilayangkan kad merah...
Hampir menitis air mata cik comey...
Tiba2 feeling terlebih plak....

Harapan Malaysia untuk mengekalkan kejuaraan telah berakhir...
dengan keputusan malam ini
 
Thailand 2 - 0 Malaysia

Apapun, cik comey tetap BANGGA terhadap pemain HARIMAU MALAYA  
yang bertungkus lumus malam ini..
Memang sudah ditakdirkan, malam ini bukan rezeki Malaysia..



Nota Jari: Rasa cam nak boikot jer citer Korea disebabkan oleh pengadil Korea yang berat sebelah...huuhuu...




Sunday, 9 December 2012

SATU SAMA...

Akhirnya...
keputusan perlawanan separuh akhir Suzuki AFF 2012 
Malaysia vs Thailand
berakhir dengan seri..
 
 
Malaysia 1 - 1 Thailand
Apapu keputusannya, cik comey tetap menyokong Harimau Malaya..
Jangan putus asa, kita masih ada peluang..
Good luck untuk pertemuan dengan Thailand di Bangkok..
Malaysia Boleh.. Harimau Malaya Boleh...
Nota Jari: Cik comey tetap berbangga dengan pemain2 Harimau Malaya... 


DEBARAN MAKIN DIRASAI....




Seluruh rakyat Malaysia pastinya berdebar-debar menantikan perlawanan
MALAYSIA vs THAILAND 
untuk piala Suzuki AFF 2012...

Semoga kejuaran milik kita malam ini...
Sama2 kita nantikan...

Ayuh, Harimau Malaya..
Teruskan perjuangan hingga ke wisel penamat..
Kami iringi dengan sokongan dan doa...
Selamanya Harimau Malaya...
 
Harimau berjuang habis-habisan.. Aauuummmmm.....
 
kredit: en.Google n  http://agendasemasa.com
 
 
Nota Jari: Malam ni kompem get ready depan TV.. Assignment sumer tolak tepi dulu... hiihii...



Sunday, 2 December 2012

DUA - KOSONG

 
 
Yeaaahhh..... Akhirnya debaran bola sudah berakhir....
 
 
MALAYSIA 2 - 0 INDONESIA

 
Permainan yang sangat cemerlang.. Dua2 pasukan pun bermain dengan baik.. Indonesia agak lincah.. Dan Malaysia x kurang hebatnyer.. Walaupun gawang tidak dijaga oleh penjaga no.1 negara, Apek tapi dijaga oleh Farizal, gawang tetap dijaga dengan selamat... Terserlah kebolehan Farizal menjaga gol...Bahagian pertahanan pun harus dipuji kerana berkerja keras menyekat kemaraan bola ke gawang... 
 
Dan yang paling berjasa pastinya penjaring gol iaitu Azamuddin dan Mahali.. Wan Zack jugak bermain dgn sangat baik.. Dan aksi malam ni nampak Malaysia bermain secara berpasukan, tangkas dan berani...
Good job Harimau Malaya...
 
Dengan menumpaskan Indonesia, Malaysia layak ke separuh akhir dan akan bertemu dengan Thailand. Semoga Harimau Malaya terus cemerlang dan mengekalkan prestasi permainan yang terbaik....



Nota Jari: Malam ni nak tido dengan tenang, tak nak fikir apa2 walaupun dalam ati still berdebar untuk assignment to give speech depan class plak isnin ni.. Oh my English!!!..huuhuu..huuhuu...




Thursday, 23 February 2012

Pencils...Can u believe it??

....ASSALAMUALAIKUM....

Entry without words....

Art of pencils - sculptures

Aurora






Luna




Seethe



Heat wave and Terpsichore






For more info, click HERE...




Nota Jari : kreatif sangat2..klu cik comey mmg x terbuat....

Wednesday, 22 February 2012

Cara Tidur yang betul...

....ASSALAMUALAIKUM....


Diriwayatkan daripada Barra bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: 

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

 
Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "
 
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

 
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
 
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)
 
Tidur menelentang
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.
 
Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
 
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
 
Tidur yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Rujukan: Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.

Moga ada manfaat,
Wallahuaqlam.


Copy n paste dari emel...




Nota Jari : cik comey suka tido mengiring ke kanan atau ke kiri sambil peluk my erik, bantal busuk cik comey..hiihii...

Thursday, 16 February 2012

Tips Tidur Lena

I just want to sleep...
Tak cukup tidur?? Tak boleh tidur?? Insomnia?? Masalah tidur ni mmg mengganggu semua orang. Setiap orang akan tidur cuma bezanya, tidur tersebut berkualiti atau tidah. Ada sesetangah yang bila bangun tidur akan segar dan aktif sepanjang hari. Ada pula yang lepas bangun tidur, badan makin lemah dan tidak bermaya.

Ala lenanyer dia tidur...


Ada beberapa tips yang anda boleh cuba untuk dapatkan tidur yang lena sepanjang malam.

  1. Kurangkan pengambilan kafein seperti minuman ringan, kopi, coklat, teh dan sebagainya. Kalau boleh , elakkan sama sekali selepas waktu tengahari.  
  2. Amalkan untuk keluar menikmati cahaya matahari di awal pagi. Ini dapat membantu menyelaraskan kembali sistem badan anda dan seterusnya membolehkan anda tidur lena di waktu malam.
  3. Tidur sekurang-kurangnya 4 jam lepas bersenam dan 3 jam selepas makan malam.
  4. Elakkan daripada melayari internet beberapa minit sebelum tidur kerana cahaya biru dari skrin komputer boleh menurunkan paras melatonin dan menyebabkan kesukaran untuk tidur.
  5. Elakkan tidur terlalu lama. Tidur hanya 6 hingga 8 jam.
  6. Pastikan jadual tidur anda teratur. Bangun dan tidur pada waktu yang sama setiap hari walaupun pada hujung minggu.
  7. Pastikan bilik tidur anda berada dalam keadaan yang nyaman, selesa dan sejuk.
  8. Mandi air panas sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur. Air panas membantu badan anda untuk lebih relaks tetapi jangan terlalu lama berendam dalam air panas.
  9. Urutan juga membantu badan anda untuk relaks dan memudahkan untuk tidur.
  10. Bagi yang Islam, baca doa tidur, ayat kursi, surah 3 Qul dan baca lah bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali. InsyaAllah, tidur anda lebih lena dan lebih berkualiti..
 Selamat mencuba...

i love sleep

Nota Jari : cik comey letak kepala kat bantal, x sampai 10 minit kompem dah berdengkur..hahaa...

Thursday, 9 February 2012

STRESS lagi....???

Entry kali ni cik comey bukan nak cerita pasal cik comey makin stress tapi nak kongsi cara paling MUDAH, CEPAT dan  BERKESAN untuk mengawal stress iaitu 
TEKNIK BERNAFAS DALAM-DALAM...


Pernafasan yang baik dan teknik yang betul memberi banyak kebaikan . 
Sebab itu lah kebanyakan senaman seperti yoga dan tai chi menitikberatkan cara pernafasan yang betul. 

Menurut kajian di Amerika Syarikat, menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan beberapa minit sehari boleh membantu merendahkan tekanan darah. 

Sebenarnya, teknik pernafasan berkait rapat dengan psikologi. 
Apabila kita panik, cemas atau marah, kita akan bernafas dengan cepat.

Jadi untuk menenangkan diri, kita disaran supaya menarik nafas dalam-dalam dan perlahan-lahan.


Sememangnya cara ini boleh meredakan rasa cemas, panik atau marah. 

Bahkan teknik pernafasan juga digunakan sebagai terapi untuk mengurangkan stress dan mengawal kemarahan.  

Cara pernafasan yang betul  ialah menarik nafas dalam-dalam hingga ke perut, iaitu perut akan ternaik sedikit dan bukan dada.
Anda boleh cuba melakukannya dengan meletakkan tangan pada bahagian perut,  dan rasakan ia naik dan turun pada setiap kitaran nafas.   Dalam masa 30 saat, ia dapat membantu untuk lebih menenangkan hati anda.


3 LANGKAH teknik pernafasan yang betul:
  1. Duduk atau berdiri tegak mengikut keselesaan badan anda.
  2. Pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan dalam kiraan 1 hingga 8, tahan nafas selama 5 saat dan lepaskan nafas dalam kiraan 1 hingga 6.
  3. Lakukan beberapa kali sehingga anda akan merasa kelainan pada diri anda.



    Selamat mencuba

    Nota Jari : The greatest weapon against stress is our ability to choose one thought over another ~ William James

    Friday, 3 February 2012

    Mana satu lebih mudah.....

    Assalamualaikum...Selamat pagi sumer....

    Emosi kita di awal pagi sangat  penting kerana akan mempengaruhi mood kita sepanjang hari...
    Jadi untuk mendapatkan hari dengan baik, 
    kita juga mesti lah bermula dengan sesuatu yang mudah. 

    Antara dua emosi ni yang mana satu lebih mudah kita lakukan?????


    TAPI



    Anda pilih yang mana?? Cik comey sudah pasti lah pilih.....
    .....SENYUM SOKMO.....




    Nota Jari : Senyum...tak perlu kata apa-apa.....

    Thursday, 2 February 2012

    TEKANAN / STRESS

    Cik comey nak kongsi info tentang tekanan atau stress yang cik comey baca sambil tunggu nak jumpa doktor di hospital semalam .

     

     Antara PUNCA STRESS:
    • Masalah kewangan 
    • Menunggu lama   
    • Konflik rumah tangga
    • Kena buli
    • Rasa rendah diri
    • Bebanan kerja / tugas
    • Penyakit fizikal  
    • Kesesakan lalulintas
    • Persekitaran yang tidak selesa 
    • Tragedy / trauma   

    Antara GEJALA/ TANDA STRESS:
    • Gelisah
    • Risau keterlaluan
    •  Gangguan tidur
    • Kurang tumpuan kerja
    • Cepat marah

    10B untuk MENGURANGKAN STRESS:
    1. Bertenang
    2. Bernafas dalam-dalam
    3. Berkata..."relaksla.."
    4. Beribadat
    5. Bercakap dengan seseorang
    6. Berurut
    7. Berehat sambil mendengar muzik
    8. Beriadah
    9. Bersenam
    10. Berfikiran positif


     
    Nota Jari : Cuba untuk bertenang setiap kali melihat cermin…huuhuu…