Mereka yg sentiasa comey...

MariBantuMenabung(MBM)

Showing posts with label TV3. Show all posts
Showing posts with label TV3. Show all posts

Friday, 7 December 2012

SOAL JODOH...


Soal JODOH itu rahsia ALLAH...
Siapa JODOH kita,
Bila akan tiba JODOH kita,
Di mana akan bertemu JODOH kita,
Selama mana JODOH kita akan terus kekal,
 semuanya akan menjadi teka teki
selagi belum tiba masa dan tika yang telah ditentukan oleh DIA...
 
 
 
 
Soal JODOH itu terlalu misteri untuk diungkai...
Bila umur makin meningkat,
Semakin kita tertanya-tanya dan tercari-cari JODOH kita,
Walaupun telah dijanjikan setiap yang hidup itu dijadikan berpasangan,
Tapi kita tetap bersedih bila masih lagi keseorangan,
 
 La Tahzan...
Andai bukan di dunia, 
Pastinya kita akan bertemu JODOH kita di syurga...
InsyaAllah... Janji Allah itu pasti...
 
 
Tips mencari JODOH
 (Diambil dari rancangan  Al-Hidayah TV3)
Oleh: Ustaz Badli Shah Alauddin
  1. LUASKAN PERGAULAN. Tapi tak bermakna anda kena keluar bersosial ke tempat-tempat yang tak sepatutnya. Hidup ini perlu berkawan dengan bermacam-macam manusia. Jika kita ingin hidup ke arah kebaikan, carilah kawan yang boleh membawa ke arah kebaikan. Hadir ke majlis-majlis ilmu dan aktiviti bermasyarakat yang positif.
  2. MINTA BANTUAN ORANG LAIN. Tapi tidak perlu ke mana-mana agensi cari jodoh. Cukup sekadar minta ayah, ibu atau keluarga mencarikan kita seseorang yang dirasakan sesuai dengan kita. Kadang kala pilihan mereka lebih tepat untuk kita.
  3. JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN. Tapi tak bermaksud kita tidak boleh memilih. Mencari yang terbaik untuk diri sendiri adalah harus tapi jangan mencari yang sempurna kerana tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini. Kita sendiri juga tidak sempurna.


Allah mempertemukan kita dengan orang yang yang berbeza dengan kita untuk saling melengkapi antara satu sama lain...
Ibarat cermin, 
bila angkat tangan kanan, imej di cermin adalah tangan kiri..
tangan kiri adalah pelengkap kepada tangan kanan...


Mencari JODOH menggunakan D.U.I.T
D = DOA
U = USAHA
I = IKHTIAR
T = TAWAKAL


 
Allah menyuruh kita mencari JODOH, bukan sekadar menunggu... 
Doa juga salah satu usaha dan ikhtiar kita semoga dipertemukan jodoh yang baik,
Selebihnya kita bertawakal dan berserah kepada DIA yang MAHA BERKUASA...


sumber:  En.Google



Nota Jari: Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Tapi sebelum mencari yang baik, persiapkanlah diri kita untuk menjadi yang terbaik....


Saturday, 11 February 2012

Love Story Forever....

Baru lepas layan citer Kuch Kuch Hota Hai... Mesti ramai jugak yang dok depan TV3 dok layan citer ni kan?? Brape kotak tisu korang abis??hahaa.....Alah, nak tipu la tu kata x menitiskan air mata...Cik comey ni yang dah tgk brape kali pun still feling2 lagi..wpun x abis sekotak tisu tp stil gak hujan renyai2....hihiihii....




Citer ni mmg citer Hindi terbaik forever la...dari cik comey muda mudi dulu sampai la sekarang dah tua belia remaja. Kira kalau zaman mak ayah cik comey dulu citer Bobby, zaman cik comey citer Kuch Kuch Hota Hai ni la..evergreen la katakan...Terbaik. Tambah plak gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol, mmg mantap...Lagu2 pun mmg membuai2 sampai rasa nk menari sekali dpn tv. Hiihii...

Rasa sesuatu di dalam hati...

Cantiknya Rani...


Best scene yang paling cik comey suka time Anjali pakai baju nak jadi cam Tina, sedih betul bila SRK n the geng dok gelak2 kt Anjali. Lepas tu time SRK ucap i love u kt Anjali, sebenarnyer dia nk ucap kt Tina. Masa tu mmg cik comey leh bygkn klu terjadi kt cik comey, mmg meraung la... Last n paling sedih time Anjali naik train. Mmg tiap2 kali tgk, scene ni la yang buat cik comey menangis. Sedih betul time tu..Korang plak scene mana yang korang plg suka??


Masih jadi pelakon ke budak ni??

Nota Jari : Setiap kali tengok citer ni mesti teringat zaman sekolah dulu..Kuch Kuch Hota Hai.....

Thursday, 9 February 2012

Demam Gemersik Kalbu dah berakhir...

Dah abis dah citer GEMERSIK KALBU ni...Ending pun best sgt..terserlah kemanjaan Raihana.
Lepas ni dah xleh tengok aksi romantik Sufian bila menggoda Raihana...Citer ni kira antara drama yang terbaik di slot akasia selepas Tentang Dhia. 

Rasanya lepas ni mungkin banyak lagi drama2  yang akan diadaptasi dari citer novel. 
Kebanyakan citer dari novel ni bila dijadikan drama mmg akan hit, 
contohnya drama Nora Elena n juga Bicara Hati kt Astro sekarang.
Mungkin sbb jalan cerita nya yang sweet n happy ending. 
Ditambah plak dengan pelakon2 yang mantap n skrip yang bagus.

Terbuai2 dengan gaya menggoda n romantik Sufian. 


Bila dah abis tgk citer ni, ada beberapa moral of the story yang cik comey dapat :
  1.  Kalau dah jodoh akan bersatu juga walau dengan apa cara sekali pun.
  2. Andai dia bukan jodoh kita, walau sekuat mana pun kita genggam, dia tetap bukan milik kita.
  3. Kasih sayang keluarga tidak akan putus, cinta kekasih bila2 masa boleh terlerai.
  4. Jodoh, ajal, maut n rezki semua di tangan Yang Maha Berkuasa.
  5. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya, yang penting kita kena redha.

Nota Jari : Teringin nak tengok novel Sehangat Asmara, nukilan Aisya Sofia dijadikan sebagai drama..mesti best jugak... =)

Friday, 3 February 2012

Ku gilakan mu..SUFIAN....

Wah tajuk entry xleh blah...cik comey rasa bukan setakat cik comey jer dok gilakan SUFIAN, 
sumer gegirls kat luar sana pun tiap2 ari dok layan citer GEMERSIK KALBU sambil termimpi2 nak dapat suami cam Sufian. Betul x gegirls2 sumer?? Hiihii....

Jelingan Sufian menggetar kalbu....
Memang pujian patut diberi kepada Aqasha yang melakonkan watak Sufian dengan berkesan sekali.
 Seorang yang nakal, romantik dan penyabar. Menggoda dengan cara yang sweet, 
yang mampu mencairkan mana2 hati gegirls.
 Tapi masih adakah lelaki sebaik Sufian?? Bersabar dan tidak mendesak.
 Rasanya dalam dunia ari ni mmg satu dalam sejuta kot, itu pun kalau ada.. (^__^)

Korang layan dulu gambar2 Sufian bersama Raihana.....




Ni plak gambar Sufian bersama keluarganya....

Alehandra Ahmad-pejuang yang terpuji

Nota Jari : Ingin ku gigit2 cuping telinga mu.....hahaaa...

Sunday, 15 January 2012

Demam GEMERSIK KALBU...

Selepas demam citer TENTANG DHIA..sekarang muncul lagi 1 citer berdasarkan novel.. GEMERSIK KALBU...Novel Gemersik Kalbu ni ditulis oleh Anis Ayuni...Mgu lepas cik comey balik kg, cik comey selongkar la balik novel2 cik comey n jumpa la novel nie. Sempatla abiskan novel ni untuk kali ke berapa cik comey pun dah lupa. Citer dia mmg best...

 
Pada sesiapa yg x pernah baca, ni la rupa cover novel Gemersik Kalbu...

Gemersik Kalbu telah mula bersiaran pada 2 jan 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang menggantikan citer Tentang Dhia di TV3. Dilakonkan oleh pelakon2 hebat seperti Aqasha, Ayu Raudhah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani, Khatijah Tan dan ramai lagi.

Citer ni mengisahkan suka duka seorang gadis bernama Raihana. Cerita ni ada elemen kekeluarga di samping elemen cinta n romantik.Kisah bermula dengan konflik Raihana yang dibenci oleh ibunya dan diteruskan dengan kisah cinta antara Raihana dan Wan Ariffin. Makin menarik apabila ikatan yang terjalin antara Raihana dan Wan Ariffin terpisah kerana Wan Ariffin terlebih dahulu dijemput oleh  Ilahi. Sufian hadir cuba mengisi kekosongan hati Raihana namun cinta Wan Ariffin masih utuh di hati. Dapatkah Sufian memenangi hati Raihana?? Sama2 la kita tunggu dan lihat...

Raihana dan Sufian

Nota Jari : Paling menarik perhatian cik comey pasal citer ni ialah lagu tema yg dinyanyikan oleh Aqasha. Sebelum ni x perasan pun hingga la 1 hari adik cik comey yang bongsu komen " apala lagu nie...nak gigit2 telinga...lucu la.."
Hahaa..lepas tu baru la cik comey dengar betul2 lirik..mmg ala2 jiwang blues la lirik dia..hahaa...

Friday, 30 December 2011

Tentang Dhia -last episod

halow2..halow2...mesti ptg td sumer pakat melekat depan tv dok tgk citer Tentang Dhia kan?? Berapa kotak tisu korg abis???ker siap guna towel mandi lg untuk lap air mata??hiihii....Actually, cik comey pun sedih gak tgk sad ending citer tu...dah la layan citer tu sorg2..apa lg air mata pun laju jer turun tanpa segan silu...sob2..sob2...

Sepanjang cik comey tgk citer ni..ada beberapa pengajaran yg cik comey dapat...antaranya:
  1. Setiap hamba diuji dengan cara yang berbeza mengikut kemampuannya.
  2. ALLAH Maha Pengampun dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba2-NYA yang benar2 ikhlas.
  3. Hidayah itu hanya dari ALLAH..Kita hanya mampu berusaha dan berdoa meminta petunjuk dari-NYA.
  4. Jika dia itu jodoh kita , pasti kita akan bersatu dengannya jua dan sebaliknya.
  5. Sesuatu yang kita mahu tidak semestinya baik untuk kita dan sesuatu yang kita tolak tidak semestinya buruk untuk kita.Hanya ALLAH Maha Mengetahui.
 Pengajaran yang paling besar  ialah siapa pun kita di bumi ini, akhirnya kita tetap akan kembali kepada ALLAH...Semoga mereka yg menonton citer ini dpt mengambil ikhtibar dan bukan hanya sekadar menonton untuk hiburan...

Nota Jari :  Benda yang sama jika dilihat dari sudut yang berlainan, pasti dapat memberi impak yang berbeza kepada diri masing2....Senyum Sokmo....

Tuesday, 27 December 2011

Demam TENTANG DHIA

Sejak citer Tentang Dhia bersiaran di slot akasia TV3 pada 9 nov yg lalu, cik comey x pernah miss lg citer ni. Cik comey rasa korg sumer pun camtu gak kan terutamanya pompuan la…silap2 ada yang dah abis berkotak2 tisu masa tgk citer nie…Citer ni mmg best la..ada aura sendiri cam citer Nur Kasih. Khamis  29/12/11 nnt last episod.Mmg x sabar la nak tunggu kesudahannya.Banyak2 episod, episod semalam  yg paling menyentuh jiwa cik comey sbb mak Dhia dah meninggal…cian dia dah jd anak yatim piatu…Bila tgk citer ni terus teringat pd Mak n Ayah kt kg…Semoga Allah panjang kan usia mereka berdua…Aminn...

Tq Mr Google...
Sedikit info Tentang Dhia…
Pelakon : Adi Putra, Nora Danish, Tasha Shilla, Izreen Azminda, Ako Mustapha, Irfan Roslan
Penulis skrip : Azlina Pa’wan
Pengarah: Feroz Kader
Sinopsis : Mengisahkan tentang Dhia yang mencintai Azmi tetapi cinta mereka dihalang oleh Melly. Kehadiran Zikir membawa sinar tetapi terpaksa dilalui dengan penuh rintangan. 


Nak tau lebih lanjut leh klik kt SINI..

Nota Jari: nak jadi comel cam Nora Danish bole?bole??hiihii...